Pages

Wednesday, March 14, 2012

Rutin hidup

Free Clipart

Dari hari ke hari rutin hidup dekat kolej ni semakin menyesakkan aku.Kerja pagi,petang p tutorial.Keja petang.pagi p tutorial.Keja malam,pagi or petang p tutorial.Pendek kata langsung tak ada masa nak berehat pun kecuali hari tu adalah hari rehat.

Aku rasakan rutin ni takkan berhenti sehinggalah aku tamat kursus dekat sini.Nasib baiklah tinggal setahun lagi aku dekat sini.Aku harap aku lulus dengan cemerlangnya.Banyak yang aku fikirkan sekarang.Masa depan aku terletak pada usaha yang aku lakukan sekarang.

Baru saja kelmarin berakhirnya peperiksaan OSCE.Biarpun prosedurnya agak senang namun jika kurang praktis memang agak susah untuk melakukannya.Tapi aku bersyukur kerana aku dapat melakukannya dengan baik biarpun aku dapat rasakan aku ada membuat kesilapan

Saturday, March 10, 2012

Back from holiday

Free Clipart

Aku baru balik dari bercuti selama seminggu di kampung.Tak puas rasanya bercuti setakat seminggu.Hati berat sangat nak balik kolej,meneruskan rutin yang membosankan.Aku tahu aku tak seharusnya merungut begini tapi bila difikirkan banyak perkara yang hendak dilakukan,aku jadi malas dan hilang semangat.Esok keja lagi office hour.Sangat memenatkan.Lepas ja dari keja,terus ke tutorial.

Exam pun dah nak dekat tapi aku masih belum bersedia.Seperti biasa aku akan belajar last minute.Dah jadi trend aku.Kalau boleh nak ubah semua tu tapi payah sangat.Aku hanya makan dan tidur.Itu saja yang aku lakukan iap hari.Sangat sukar untuk memaksa diri berubah.

Tuhan Engkau dengarkanlah aku.Dengarlah semua doa-doaku.Hanya padamu aku berharap dan meminta.