Pages

Thursday, September 22, 2011

Hari Ke-2 exam..

Huh..hari ni second day aku duduk exam.Last minute bljar pnya keja,suma maklumat salah.At least aku masih ble skor aku lulus.Paper hri ni health science n community health.Soalan dia sng gak tp xbca pnya pasal jd susah la pla.
Esok last day exam,malam ni nak study berabis.Harp-harap dpt jwb dgn baik esok.Busy sgt study smpai blog pn xsmpat nak update.Lemas bla tgk blog aku ni tak ada pengunjung.Mcm mana ya nak ramaikan pengunjung dkt blog ni?Kalau aku ada msa nak update,ada jg pengunjung,Kalau tak sempat update,tak ada pengunjung lah jwb nya.Sapa-sapa yang masuk blog aku ni,sudi-lah jd followers ye??

Monday, September 19, 2011

Gout


Keradangan sendi berpunca daripada pemendapan urate salts di sendi-sendi.Pemendapan urate salts adalah berkaitan dengan paras asid urik yang tinggi dalam darah(hyperuricemia).
Faktor penyebab dan faktor risiko:
-Primary gout adalah dikaitkan dengan masalah genetik dalam metabolisma purine yang menyebabkan penghasilan yang berlebihan atau retensi asid urik.Penghasilan yang berlebihan ini akan menggalakkan pemendapan crystalline sodium urate dalam tisu lembut terutamanya pada sendi synovial dan menyebabkan satu respon inflamasi dan sakit sendi.
-Secondary gout berlaku semasa rawatan ubat-ubatan seperti cyclosporine dan furosemide.Ubat-ubat ini mengganggu penyingkiran urate.Juga diperolehii dari ganggguan-gangguan yang diperolehi seperti gangguan fungsi renal.
-Penggunaan ubat diuretic yang berpanjangan dan juga ubat-ubat lain yang akan menyebabkan hyperuricemia dan gout,Akibat kerosakan ginjal,kemampuan menyingkirkan asid urik berkurangan.Bila asid urik berkumpul dalam salur darah ia akan mendap pada tempat-tempat di mana pengaliran darah adalah kurang aktif seperti di tisu cartilaginous.Pengumpulan sodium urate ini dikenali sebagai tophi.
-Sering berlaku kepada lelaki pada peringkat umur pertengahan.Juga boleh berlaku kepada wanita postmenopausal serta penerima organ transplant.

Sunday, September 18, 2011

Adrenocortical Insufficiency (Addison's Disease)

Addison's Disease adalah keadaan di mana terdapat gangguan fungsi adrenal cortex dan menghasilkan kurang hormon berikut mineralcorticoids(aldosterone),glucocorticoids(cortisol) dan androgens.
Primary adrenal insufficiency due to idiopathic atrophy pada adrenal cortex.
Secondary gland insuffiency akibat adrenal gland dimusnahkan oleh TB,tumor,amyloidosis inflammatory necrosis.
Etiologi:
-Surgical removal of both adrenal gland
-Infection pada kelenjar adrenal seperti TB boleh mengganggu keupayaan untuk menghasilkan ketiga-tiga kumpulan hormon
-Amyloidosis iaitu gangguan metabolic bercirikan mendapat amyloid pada tisu atau organ.
-Autoimmune(idiopathic dan kurang sekresi ACTH dari pituitary glands
Manifestasi klinikal
-Hypoglyceamia kurang glucocrticoid menyebabkan kurang gluconeogenesis
-Muscle weakness
-Nausea dan vomiting
-Anoreksia
-Hypotension iaitu penyingkiran cecair berlebihan melalui urin
-Hyponatremia kurang aldosterone menyebabkan penyingkiran sodium yamg banyak
-Hyperkalemia penyingkiran sodium menyebabkan retensi potassium

Friday, September 16, 2011

Thyroid Cancer

Definisi:
-Neoplasma malignant pada kelenjar thyroid yang dicirikan dengan pertumbuhan yang tidak terkawal pada sel-sel anaplastik dan sering menyerang tisu-tisu yang berdekatan.
Jenis Thyroid Cancer:
a/Papillary carcinoma(80-90%)
-mula dari sel folikel
-tumbuh dgn perlahan
-metastasis tertumpu pada nodus limfa sekeliling kelenjar thyroid
-Kadar penyembuhan adalah baik selepas pembedahan kawasan yang terlibat
b/Follicular Carcinoma(15%)
-mula dari sel folikel
-tumbuh dan metastasis dengan cepat
-melibatkan orang yang berumur
-kadar mortaliti tinggi
c/Anaplastic thyroid cancer
-mula dari sel folikel
-jrg berlaku tetapi jika berlaku sgt agresif dan membawa maut
-sel cancer serang trachea,major blood vessels dan metastasis ke tulang dgn cepat.
-sukar dirawat dan penghidap mati dalam beberapa bulan
d/Medullary thyroid cancer
-mula dari sel C (calcitonin secreting parafollicular)
-mudah di rawat dan dikawal jika dikesan dari awal
-dua jenis iaitu sparodic dan familiar.
e/Penyebab dan faktor risiko
-penyebab tidak diketahui
-faktor risiko:
1/benign adenoma jd malignant
2/genetic
3/sejarah keluarga
4/sejarah cancer
5/umur-bertambah dengan peningkatan umur
6/radiasi-berisiko tinggi dpt papillary atau folicular thyroid cancer
f/Tanda-tanda
-Peringkat awal tidak ada simptom
-Tanda-tanda sel cancer membesar(lump atau nodul di bahagian hadapan Adam's apple,nodul keras dan tidak seragam serta tidak sakit,cold iaitu tidak menyerap iodin)
-Tnda-tanda sel cancer sudah metastasis(lymph nodes di leher dapat dirasai
-sukar menelan
-suara parau
-sakit tekak
Penyelidikan
a/Thyroid scan
-1 jenis scan nuclear dilakukan selepas klien diberi IV atau oral bahan radioactive mengandungi iodin atau technetium.Bahan ini pancarkan radiasi sementara.1 jenis kamera dikenali gamma camera digunakan untuk nilai amaun radiasi yang diserap oleh nodules thyroid
b/Fine needle aspiration
-teknik diagnostic yang menggunakan jarum kecil untuk sedut sdkit sampel tisu utk dikaji
c/Ujian darah utk nilai paras thyroid stimulating hormone,calcium dan calcitonin.Calcitonin meningkat dalam medullary thyroid cancer
d/Computed tomography
-teknik radiographic yang hasilkan imej terperinci terhadap sebahagian tisu
e/Magnetic resonance imaging

Thursday, September 15, 2011

boring+sakit hati+benci

huh..npa lah blog aku ni tak ada perubahan.i just need my blog to gain money.entah mengapa perasaan aku ni berubah dan bercampur-campur.aku seperti membenci org di sekeliling aku.aku tidak tahu apa yang aku ingin kan dan apa yang aku mahukan.aku benci dgn buah hati aku sdri.i hate u all..
God what should i do??why must diz feeling disturbing me??apa yang aku harapkan,apa yang aku mahukan susah utk aku kecapi.sampai bila aku harus bgni?.do all the thing dat i want to get what i want.huh..im confuse.i hate myself.God please help me....

Wednesday, September 14, 2011

Thalassemia screening

Wah..hari ini aku gembira bercampur sedih.Gembira sbb rasa sgt bertuah dpt mengikuti Thalassemia screening secara percuma dan sedih sbb kptusannya bkn spt yg aku harapkan.

Hari ini aku selaku ketua terpaksa membantu kwn aku yg ditugaskan utk memberi ceramah pemakanan tentang bayi berumur 6-8 bulan.Kmi berlima bertungkus lumus utk membantu kwn sorang ni sbb kurang persediaan.Lepas ja masalah 2 selesai,Kmi diberi ceramah tentang Thalasemia dan diambil drh utk screening.Keputusannya sgt mengecewakan aku sbb Hb aku hanya 9.6 sj.Huh..sungguh tak ku sangka.Ini lah kali pertama aku memeriksa tahap Hb aku.Dengan keputusan sebegitu aku terpaksa mengambil drh sekali lg pd 28hb ni utk mengesahkan sama ada aku pembawa Thalasemia atau tidak.Oh Tuhan aku berharap aku tidak membawa penyakit itu.Setahu aku keturunan keluargaku tidak ada yang mengalami penyakit keturunan ini.Mungkin disebabkan pemakanan aku yang tidak seimbang menyebabkan Hb aku rendah.Disebabkan itu,aku di preskripsikan utk mngambil ubat Ferrous Fumarate sebiji sehari.Patutlah selama ini aku rasa cepat letih,rasa letih dan mengantuk saja.Aku sgt berharap keputusan ujian drh aku nti tidak akan memberikan mslah kepada aku.Aku bukan pembawa Thalasemia.Cuma mungkin pemakanan aku kurang seimbang

Tuesday, September 13, 2011

Talipes


Talipes adalah kecacatan kongenital pada kaki dan buku lali menyebabkan individu tersebut tidak dapat berdiri tegak.
Dua jenis talipes iaitu:
a/Congenital Talipes Equino Varus CTEV
-Jenis yang sering berlaku dengan kaki terpusing ke arah bawah dan ke dalam
b/Congenital Talipes Calcaneo Valgus CTCV
-Jenis yang berlawanan dengan CTEV.
-Tapak kaki terpusing ke arah luar.
Penyebab
-Penyebab sebenar tidak diketahui.
Penyebab CTEV
-Gangguan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan
-Perkembangan otot plantar dan dorsi flexor kurang baik
-Posisi kaki bayi abnormal semasa dalam kandungan
Penyebab CTCV
-Tidak diketahui
-Faktor prasdipos iaitu berlaku eversion pada kaki secara berterusan ke arah tulang tibial semasa dalam kandungan

Monday, September 12, 2011

first day praktikal at membakut

hari ini hari pertama kmi bertugas di klinik membakut.Bangun seawal jam 6 pas 2 buka air paip...alamak tak ada air lah..dalam fikiran ni tak tau nak buat apa lg dgn keadaan aku yg tengah dtg bulan huhuu..dlm hati baik cuci muka je lah kalu tak dpt nak mdi.Pas 2 kwn aku sorang ni,try lah pergi luar rumah cari meter air,rupa-rupanya meter air 2 tertutup.Patutlah tak ada air.lega rasa.Dapatlah mandi pagi ni..
Lepas sumanya siap,kmi berangkat ke klinik.Klinik 2 taklah jauh sgt.Buka pintu rumah je dah nampak da.1 perkara yang aku tak suka ni,aku dilantik menjadi ketua.huh..sgt2 tak suka benda ni.Sumanya aku yang uruskan.Sampai klinik je,terus aku jumpa sister utk lapor diri.Dan di situ lah kmi diberi orentasi dan siap lagi mengadu rumput sekeliling rumah pjg.So sister ni try lah bincang dgn staff dkt cni.Last2 jpa jg org yang sanggup ptg rumput pjg sekitar rumah ni.Huh..lega aku.Tak lah rumah tpt kmi tinggal ni dianggap tak ada org tinggal huhuu..
Hari pertama praktikal,kami masing-masing dah ada kes utk diisi dlm buku log nti.Syukur..Lepas 2 esok ada lawatan ke rumah.dua org dr kmi berenam akan mengikuti staff membuat lawatan rumah.Aku berharap sepanjang kmi di cni tak ada masalah..

Sunday, September 11, 2011

Japanese Encephalitis (JE)

JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus JE.Virus ini menjangkiti melalui gigitan nyamuk culex.Dalam manusia virus JE berkembang dalam sistem limfatik kemudian menyerang sel-sel sistem saraf pusat melalui darah.Penyakit ini dipanggil JE kerana virus ini pertama kali diasingkan di negara Jepun.
Agen penyebab
-Arboviral encephalitis virus
-Dari gigitsn nyamuk yamg dijangkiti.
Simptom-simptom JE
a/Tanda-tanda awal:
-Demam tiba-tiba
-sakit kepala yang teruk
-Keletihan
-nausea
-muntah
b/Tahap kesedaran menurun
c/Tidak boleh bercakap
Patofisiologi:
-Virus JE membiak dalam tubuh khinzir
-Nyamuk culex betina menghisap darah khinzir dan membawa bersama virus
-Berlaku kepada manusia apabila keadaan ekologi sesuai
-Tidak boleh merebak dari manusia kepada menusia
-Tidak boleh merebak dengan memakan daging khinzir.
Langkah-langkah pencegahan:
a/Elak dari gigitan nyamuk dengan:
- tidur menggunakan kelambu
-pasang jejaring pada tingkap-pakai baju lengan panjang
-Gunakan racun serangga(lingkaran nyamuk,aerosol spray)
b/Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Culex dengan:
-pastikan parit tidak menakung air
-timbus lopak-lopak air
-jaga kebersihan sekitar kawasan rumah

At Membakut..

Hari ini kmi smpai dkt Membakut..hmm..tptnya ok la jg tp kwsn rumah sgt semak dgn rumput yang panjang.kmi seramai 6 orang bergotong-royong membersihkan rumah.huh..sgt penat smpai skt kpla ni.nak tdo pn tak dpt.
Rasa mcm tak nak balik kolej posting sbb da cuti 2 minggu dkt kg.Hati ku tertinggal dkt kg.Lepas 2 suasana dkt Membakut ni btl2 dkt kg ku dgn suasana yang sunyi sepi.Hatiku sgt sedih,sayu dan pilu.Entah mengapa perasaan ini timbul.Seprti aku tidak punya sesiapa.Seperti aku ditinggalkan.Dan orang pertama yang aku tidak ingin fikir dan ingat adalah buah hatiku.Aku sgt membencinya dan tidak tahu mengapa perasaan seperti itu timbul.Mungkin skt hati dan cemburu disebabkan dia dan keluarganya ke Tawau.Huh aku sgt benci,benci,benci...
Aku hanya berharap aku diberikan kekuatan.Aku hanya rasa ingin menangis.Aku sgt2 berasa sayu.Oh Tuhan,mengapa perasaan ini begini.Berikan aku kekuatan.Kekuatan untuk menempuhi hidupku selama berkursus ini dan kekuatan untuk melupakannya..