Pages

Monday, August 29, 2011

Diabetes Mellitus

Diabetes mellitus adalah gangguan metabolik disebabkan gangguan penghasilan insulin iaitu tiada atau kurang insulin dihasilkan ataupun insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.
Insulin bertindak mengurangkan paras gula dalam darah.Dalam diabetes mellitus,insulin tidak mencukupi atau insulin yang dihasilkan tidak berkesan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat.
Jenis Diabetes Mellitus:
a/Type 1 DM (IDDM)
-Tiada insulin atau kurang insulin dihasilkan
-Selalu berlaku kepada kanak-kanak.
-Tidak bergantung sepenuhnya kepada insulin.
b/Type 2 DM(NIDDM)
-Berlaku disebabkan insuin yang dihasilkan tidak mencukupi
-Selalu berlaku kepada orang yang obesiti dan umur 40 tahun ke atas.
-Bergantung sepenuhnya kepada insulin
Simptom-simptom Diabetes Mellitus
-Kehadiran glukos dalam air kencing
-Letih lesu akibat kurang tenaga dihasilkan
-Gatal pada behagian kemaluan kerana glukos dalam urin menjadi media untuk pembiakan bakteria
-Sentiasa berasa lapar
-Kehilangan berat badan disebabkan penggunaan lemak dan protein sebagai sumber tenaga.

Friday, August 26, 2011

Saja-saja

Lama tak update blog.pas 2 blog pun xada pengunjungnya..stress sgt2..seminggu praktikal,banyak masalah timgul tetapi kami dpt juga melaluinya dengan aman huhuu..
Kemarin aku keja dekat wad sorng2 dr jam 2 hingga jam 9 mlm.hari ni keja petang juga.nsib baik hari ni kmi berempat.tak lah aku cm org bodoh sorng2.Line internet dkt cni sgt slow sbb 2 aku tak dpt nak update blog hri2.Hari ni last day kmi berada d cni.esok da mula cuti.2 mnggu cuti.
apa tg aku harapkan,aku dpt menjana pendapatan melalui blog ini.cm mana nak buat blog kt ramai pengunjung ya??tlg kasi idea ckit...

Monday, August 22, 2011

Hari yang menggeramkan

Huhuu..hari ini merupakan hari pertama berada di wad namun hari ini juga lah hari paling malang bagi aku.da la aku terlupa bw 'beep' aku pas 2 kunci bilik pla tercicir.huh sangat men'strees'kan.hanya berharap pada T uhan spya dpt menyelesaikan masalah aku ni.Syukur tak ada lg cubaan hari ini.
Hari ini shift waktu pejabat.huh..penat gila kalau asyik berdiri dekat wad sj.pas 2 mata mengantuk pla.makin sibuk makin kuat mata ini nak tido.esok shift yang sm lg.huh..cptla minggu ini berlalu.tak sbr nak blik kg bercuti.
Dlm fikiran ini byk yg aku fkrkan.aku terpaksa fkrkan hutang aku skg,hanya blog inilah harapan aku satu2nya untuk membantu dlm menyelesaikan hutang2 aku.aku sgt2 berharap apa yang aku lakukan ini dpt me,bantu aku.Ya Tuhanku,dengarkanlah doa aku ini.Bantulah aku ya Tuhan.Amin..Hari ni aku byk mengeluhlah...

Sunday, August 21, 2011

Sampai keningau..

waahh..hri ni sampai kgu da.best sgt2 tp yg tak bestnya dpt blik jauh dr kwn2 pas 2 sorng2 lg huhuu..kami berada di sepanjang perjalanan selama 2 jam setengah..huhuu ada kwn2 ku yg mabuk jalan sebab tak biasa jalan jauh.sepanjan perjalanan tu,kami sempat berhenti di gunung alab untuk singgah sebentar.best sgt2 udara d sna.sejuk,nyaman dan damai.sempat lg ambil gmbr bersama kwn2.Hari ni juga aku sempat pulang ke rumah biarpun hanya untuk beberap jam ja.puas hati sgt2 coz niat utk pulang itu termakbul.pas 2 balik kgu di htr guna keta lg huhuu..

Saturday, August 20, 2011

Packing

Hmm..hari ini busy packing brg2 nak pindah keningau esok sbb kmi akan menjalani prktikal dekat sna.Cuma satu beg aku bawa sebab kmi tidak digalakkan bawa beg berat2 sbb nya bas ble rosak.ok jg la sbb aku pn mls nak bw byk brg2.Aku gembira sebab aku ble blik ruma esk biarpun skejap ja huu...

Thursday, August 18, 2011

Cholera


Cholera adala penyakit aku pada usus kecil yang disebabkan oleh "Vibrio Cholera" yang menyebabkan muntah dan diarhhea yang teruk dan menimbulkan dehidrasi.Penyakit ini berpunca daripada makanan yang tercemar atau minuman yang tercemar dan biasanya berlaku sebagai wabak.
Cara transmisi:
-Dari feses dan muntah pembawa
-Melalui makanan dan air tercemar
-Oleh vector contoh lalat
-Sentuhan secara langsung pesakit,jururawat dan doktor.
Manifestasi klinikal:
-Diarhhea(Vibrio Cholera manghasilkan protein yang bertoksin pada dinding usus menyebabkan diarrhea.Diarrhea yang banyak menyebabkan pesakit kehilangan banyak HCO3 dan K yang banyak
-Warna najis adalah seperti air beras disebabkan kehadiran mukus,sel ephitelium dan bakteria.
-Muntah-muntah yang berterusan
-Otot-otot menjadi tegang dsn kekejangan akibat kehilangan cecair dan electrolytes.
-Kulit menjadi kering,selalu dahaga,lidah kering dan mata jadi cengkung akibat kehilangan air yang banyak.
-Pesakit mungkin tiada kencing kerana kekurangan cecair
-pesakit tidak sedar diri.
(Peringkat evacuation,colapse dan ketiga

Wednesday, August 17, 2011

Dysentery



Definisi Dysentery:
Jangkitan pada trek usu yang menyebabkan cirit-birit yang disertai oleh darah dan mukus.Terbahagi kepada dua jenis iaitu amoebic dysentery(amebiasis) dan bacillary dysentery(shigellosis).
Agen penyebab adalah entamoeba histolytica dan shigella.
Punca-punca Dysentery:
a/Berenang di air yang tecemar.
b/Pengendalian makanan yang tidak bersih.
c/Tidak mengamalkan kebersihan seperti mencuci tangan selepas ke tandas.
d/Sistem pelupusan najis yang sempurna
e/Makanan terdedah kepada serangga seperti lalat.
Cara transmisi Dysentery:
a/Contact transmission
-Secara tidak langsung seperti peralatan dapur yang tercemar
-Secara langsung contohnya person to person
b/Vehicles transmission
-transmisi melalui air.Cth:air sungai tercemar dengan feses
-transmisi melalui makanan
c/Mechanical
-Secara tidak langsung.Cth:lalat yang menghinggapi feses tercemar dengan agen Dysentery.
Simptom-simptom Dysentery
a/Demam dan body aches
-demam adalah disebabkan oleh endotoxin seperti shiga toxin
b/Najis berdarah dan bermukus
-bakteria menyerang sel dan menyebabkan sel epithelial musnah.Hasilnya menyebabkan ulcer pada permukaan usus dan mencederakan salur darah
c/Severe diarrhea
d/Nausea dan vomiting
e/Tenesmus
-perasaan hendak buang air yang berkali-kali tanpa pengeluaran feses yang banyak.
f/Ulcer di perineal
-akibat dari diarrhea yang teruk dan berulang-ulang menyebabkan ulcer terbentuk di kawasan perineal.
g/Dehydration
-adalah kesan dari diarrhea yang berulang-ulang menyebabkan badan kehilangan cecair yang banyak.
Penyiasatan Diagnostik:
a/Stool C&S
b/Swab rectal C&S
Komplikasi Dysentery
-Pendarahan
-Dehidrasi
-Abcess hati
-Renjatan
-Kegagalan renal

Buat praktikal

Hari ini aku dan beberapa org kwn2 ku buat praktis tentang prosedur yang akan kami lakukan kat klinik nanti.Antaranya adalh melakukan penilaian perkembangan kanak-kanak dan anthropometry.
Mesti korang tertanya2 apakah benda yang aku sebutkan kat atas 2 kan,kan??Penilaian perkembangan kanak-kanak adalah satu prosedur yang sentiasa dijalankan untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun untuk menilai perkembangan seorg kanak-kanak samada mengikut umur ataupun tidak.Manakala anthropometry adalah ukuran tinggi dan panjang,ukuran berat,ukuran kepala serta dada kanak-kanak.Ini bertujuan untuk menilai pertumbuhan kanak-kanak tersebut.Haa..ni la yang akan kami lakukan di klinik semasa praktikal nanti.Selain memberikan ceramah,kami juga akan menjalankan sesi antenatal,sesi perkembangan kanak-kanak,memberikan pendidikan kesihatan dan membuat lawatan rumah.Rasanya sangat menyeronokkan tapi sangatlah juga mencabar kerana kami akan dinilai.Kami juga akan mula memberikan suntikan kepada bayi dan kanak-kanak.
Belajar tentang kanak-kanak sesuatu yang menyeronokkan sebab aku juga akan bakal menjadi mama huhuu..so sebelum ada anak sendiri adalah baik mengetahui tentang kanak-kanak dahulu.Banyak perkara yang perlu diketahui semasa peringkat umur baru lahir sehingga berumur 6 tahun.

Tuesday, August 16, 2011

Praktikal + Cuti

Hari ini bangun awal seperti biasa,jam 5.30 pagi..huhuu..tak ada lain dalam fikiran asyik fikir tentang praktikal dan cuti raya ni.Apa yang harus aku lakukan?Dulu nak sangat berkursus dalam kursus governtment,haa skg da dpt tak tau nak bersyukur la pla.Asyik nak merungut jak..Ini tak cukup la,e2 ada yang kurang la.Dasar manusia,tak cukup dengan apa yang ada skg.
Aku cukup risau & takut tentang komuniti yang akan mendatang ni.Dapatka aku beri ceramah sorang2 depan orang ramai.Lagi2 kami akan di nilai dlam memberikan ceramah.Ada sapa2 yang ble berikan aku idea bagaimana nak yakinkan diri dan tidak nampak gugup semasa bg ceramah 2?Da la ulangkajipun blm mula lg.O My God,please help me....
Cuti raya ni diam dekat rumah saja lah huhuuu..

Creative..

Huh..suma topik suda kna cover.Hri2 pengajar lambat masuk sbb x ada topik lagi yg hendak di ajar.So time2 menunggu 2,kwn2 ku suma nya buat keja masing2.Antaranya buat origami.Buat burung jenjang,katak dan bunga teratai.Aku hanya melihat saja apa yg dorng 2 buat sbbnya aku tak minat langsung benda2 bgni.Kwn2 lain sibuk nak mta ajar.Ada kwn yg pandai mengait benang.Entah knapa aku tidak minat suma benda2 tu.
Hmm..terlintas di fikiran,bagaimana agaknya nak jd bini org ni kalau benda sebegitu pn tidak minat.Pandai kah aku menghias rumah nanti sbbnya aku tak sekreatif kwn2 ku yang lain.Tengah sibuk2 tu aku hanya mengambil gambar hasil tangan mereka.Cantik juga biarpun kira kerja tangan budak2 hehee..Jangan marah ya kwn2 ku.At least korang tau buat suma 2,aku langsung tak tau,minat pun tidak huhuu..
Aduhh stressnya..gambar tak ble upload la pula.What happens?..Tak dapat nak share hasil ke kreatifan kwn2 ku tu.Huuhu..tak apa esok aku try lg ok??

Monday, August 15, 2011

Syphilis

Syphilis adalah penyakit veneral yang disebabkan oleh bakteria Treponema Pallidum.Bakteria ini biasanya masuk ke dalam tubuh badan semasa persetubuhan.
Source of Syphilis:
a/Body fluid
-Tersebar melaui vagina,oral dan anal sex.
-Tersebar melalui sentuhan langsung antara mucous membrane pada genitalia,mulut dan anus.
-Bersentuhan secara langsung anatara kulit dengan open syphilitic sore/infected secretions.
b/Blood
-Jangkitan oleh ibu mengandung yang menghidapi syphilis kepada fetus melalui sistem peredaran darah ke placenta.
c/Seks yang tidak selamat
d/Mempunyai ramai pasangan
e/Lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki
f/Penghidap HIV
Mode of spread.
1/Transplacenta
-Ibu yang dijangkiti Syphilis mewariskan penyakitnya kepada fetus melalui peredaran darah di placenta.
2/Transfusi darah
-Individu sihat boleh mendapat Syphilis apabila menerima darah daripada individu yang dijangkiti(tidak melalui screening)
3/Hubungan seksual
-Penyakit Syphilis boleh menular dari lesi atau luka yang terbuka semasa melakukan hubungan seksual dengan individu yang dijangkiti samada dari segi genital,oral-genital dan anal genital.
4/Droplet
-Ia boleh berjangkit melalui cecair badan seperti saliva.Biasanya berjangkit apabila individu yang sihat melakukan hubungan mesra seperti bercium.

Malaria


Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang dibawa oleh nyamuk Anopheles betina.
Selalunya berlaku di negara Tropika seperti Malaysia,Thailand dan Indonesia serta di kawasan pedalaman yang terdedah kepada gigitan nyamuk.
Agen penyebab malaria:
-Falsifarum
-Vivax
-Malariae
-Ovale
Cara transmisi malaria:
-Melalui gigitan nyamuk Anopheles/tiruk yang telah dijangkiti
-Melalui transfusi darah
Simptom-simptom
a/Peringkat prodrom
-berasa pening kepala
-letih lesu
-sakit otot dan lenguh-lenguh sendi
-Hilang selera makan
-Kadang-kadang muntah
-Suhu badan meningkat
b/Peringkat rigor
-Suhu badan meningkat dengan cepat
-Rasa sejuk yang teramat
-Seluruh badan menggigil kesejukan
-Pesakit berselimut
-Kulit jadi kebiru-biruan
-Berakhir dalam masa 1-2 jam
c/Peringkat demam panas
-Suhu badan meningkat kepada 40-40.5 darjah celcius.
-Pening kepala
-Sakit otot
-Muntah
-Sakit perut
-Kadar nadi dan pernafasan meningkat
-Pesakit merasa gelisah dan muka merah
-Peringkat ini berakhir dalam masa 3-4 jam.
d/Peringkat berpeluh
-Bila demam panas berakhir,seluruh badan akan berpeluh.
-Suhu badan menurun ke paras normal.
-Biarpun letih tapi pesakit rasa lega dan berakhir dalam masa 2-3 jam.
Selalunya BSMP(Blood Speciment for Malaria Parasite) diambil semasa pesakit mengalami demam tinggi.
Rawatan:
-Chloroquine(1 biji=150mg)
-Primquin(1 biji=7.5 mg)
-Fansidar(1 biji=500mg sulphadoxine & 25mg Pyrimethamine)
Komplikasi malaria
a/Cerebral malaria
-Cerebral tidak berfungsi akibat demam yang teruk.
b/Severe anemia(peringkat teruk)
-Akibat pemecahan sel-sel darah merah yang terlalu banyak.
c/Kegagalan ginjal

AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome)


Virus HIV
Hari ini aku nak kongsikan tentang penyakit yang memang meluas di negara kita iaitu AIDS.Penyakit ini menyerang semua golongan manusia.
AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat.Pada masa itu AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
AIDS atau HIV merupakan satu sindrom kehilangan daya tahan melawan penyakit akibat virus Human Immunodeficiency Virus(HIV).Ia menyebabkan rintangan semulajadi tubuh terhadap penyakit musnah menyebabkan tubuh mudah mendapat jangkitan yang boleh membawa maut dan kanser.
Pembawa HIV jika tiada simptom AIDS dan pesakit AIDS yang menunjukkan simptom AIDS.
Bagaimana AIDS merebak dalam tubuh manusia??
Lazimnya sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi tubuh dari sebarang penyakit.Apabila virus HIV masuk ke dalam badan,ianya mula merosakkan sel pertahanan badan iaitu CD4 Helper Lymphocyte yang bertindak sebagai utusan kepada sel-sel pertahanan tubuh badan yang lain untuk menentang jangkitan.Virus HIV akan menjangkiti sel CD4 dan menjadikan sel CD4 sebagai tempat untuk membiak.
Dalam proses ini,sel CD4 yang telah dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan yang lain dan menyebabkan tubuh mudah mendapat jangkitan.
Apakah punca AIDS?
Kerap berlaku pada individu yang:
-Homoseksual dan biseksual
-Penagih dadah(perkongsian jarum suntikan)
-Jangkitan ibu kepada anak
-Penerima darah seperti individu yang menerima pemindahan darah yang tidak di screening.
-Pemindahan organ atau tisu
-Membuat hubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti
Agen penyebab AIDS adalah virus HIV type 1 dan type 2.
Cara sebaran AIDS:
HIV boleh disebarkan dari mereka yang dijangkiti kepada mereka yang sihat melalui 3 cara:
a/Melalui perhubungan seksual
-Virus HIV boleh disebarkan melalui air mani dan cecair faraj.
b/Melalui darah
-Berkongsi jarum suntikan di kalangan penagih dadah
-Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tidak melalui screening terlebih dahulu
c/Melalui ibu kepada anak
-HIV boleh disebarkan dari ibu yang menghidap positif HIV kepada anaknya:
1/semasa mengandung
2/semasa melahirkan anak
3/semasa menyusukan anak
-Ibu ini boleh mengelakkan anaknya dari dijangkiti HIV dengan menjalani rawatan semasa mengandung ,melahirkan anak dengan menjalani Caeserean section dan elak memberikan penyusuan kepada anaknya.
Simptom-simptom:
-Pada mulanya jangkitan HIV tidak menunjukkan sebarang tanda tetapi selepas 2-6 minggu dijangkiti sebilangan pesakit menunjukkan tanda-tanda berikut:
a/Terlalu lemah dan letih-lesu
b/Penurunan berat badan yang mendadak.
c/Demam
d/Berpeluh pada waktu malam
e/Kelnjar limpa membengkak
f/Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa.Comtohnya lapisan mukosa dalam mulut.
g/Cirit-birit yang kronik
h/sakit tekak dan batuk yang kronik
i/Hilang ingatan
j/Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
k/Sakit kepala
Rawatan AIDS
-Masih belum ada ubat untuk merawat HIV/AIDS
-Penggunaan ubat antivirus HIV dapat melambatkan proses penyakit.
-Pemakanan yang berkhasiat membantu pesakit AIDS dalam mengekalkan kesihatan dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV.
Langkah Pencegahan;
-Elakkan seks rambang.
-Sentiasa setia dengan pasangan anda
-Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi.
-Jauhi dadah.
-Pastikan penggunaan alat-alat steril semasa manindik telinga atau membuat tatu.

Busy Day..

Hari ini mula kuliah lagi..huh..
Pengajar mengajar di depan tapi fikiran di tempat lain la pula.Aku belum mula ulangkaji lagi.Apa yang harus aku lakukan?Banyak topik yang belum di belek sedangkan lepas cuti raya nanti exam bermula da.
Habis 2 fikir tentang praktikal yang akan mendatang.ha..kali ni kena bagi pendidikan kesihatan kat orang ramai lagi huhuu..sebelum ni tak pernah nak menonjolkan diri depan orang ramai sebab takut + malu wuahaha..padan muka aku,kali ni terpaksa bercakap depan orang ramai sorang-sorang.sbbnya kitorang dinilai dalam memberikan ceramah kepada orang ramai termasuk confidence diri sendiri..pas 2 nak bagi ceramah pendidikan kesihatan la pla.aduhh..bgmana ka ini??Lepas 2 kna standby dua tajuk ceramah lagi.ble ka aku melakukannya??Terpaksa yakinkan diri sendiri saja.I hope I can do it.
Nak tau tajuk apa yang akan aku sampaikan??Ni ha Gejala Sosial Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Remaja.Nah..amik ko.Kumpulan sasaran aku adalah budak-budak sekolah.Mau kah mereka mendengar apa yang akan aku sampaikan hari 2?Byk yang bermain dalam fikiran ni.Takut ceramah aku nanti membosankan la pla..Aku sangat berharap semuanya berjalan lancar.I really hope so.
Da 2 terlintas tentang cuti raya yang akan mendatang ni.Tak ada plan nak jalan2 coz exam da nak dekat.Da la nota tidak pernah diselak,ni kan lg nak honeymoon time2 cuti.Org lain santai,aku terpaksa menghadap buku dehh..Tak pe,lpas hbs kursus ni tak la sesibuk time kursus ni lagi.Fight for 1 year and half yet...

Sunday, August 14, 2011

Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah satu keadaan di mana sekresi hormon tiroid berkurangan menyebabkan kurangnya kadar metabolisma badan dan penghasilan haba terganggu.
Jenis-jenis:
a/primer
-gangguan pada kelenjar tiroid
b/sekunder
-gangguan pada kelenjar pituitari
Faktor penyebab:
a/Primer
-Tumor pada kelenjar tiroid(kurang tisu tiroid yang berfungsi)
-Antitiroid yang berlebihan
-Pembuangan seluruh kelenjar tiroid(hilang tiroid tisu)
-

Happy...

Today i feel so happy....sebabnya aku berjaya letak iklan nuffnang dekat blog aku..2 tahun aku cuba untuk letak iklan tu dalam blog tapi tak juga dpt2.aku melepaskan nafas lega setelah melihat iklan itu akhirnya terpampang kat blog aku.Thanks God..
Aku sgt2 gembira sebab aku dapat buktikan usaha tangga kejayaan.Sakit kepala dibuatnya..I will never leave my blog again.
Aku harap blog ni boleh membantu aku.I will try to make my blog to be the best blog..Thanks God once again and thanks also to Nuffnang for helping me.I really appreciate it.

Saturday, August 13, 2011

Diabetes Insipidus

Apakah Diabetes Insipidus?
Diabetes Insipidus adalah satu keadaan di mana kurang penghasilan ADH (Antidiuretik Hormon) atau kurang tindak balas ginjal terhadap ADH mengakibatkan pengeluaran urin yang banyak iaitu 5-20 liter sehari.
2 kategori Diabetes Insipidus iaitu:
a/ Central atau neurogenic diabetes insipidus
-keabnormalan di hipotalamus dan kelenjar pituitari samada keturunan atau idiopathic(primary)
-kerosakan akibat tumor di kawasan hipotalamus dan kelenjar pituitary.
-Trauma
-Infeksi
-Kecederaan pada salur darah
-Rebakan tumor dari payudara atau paru-paru(sekunder)
-Pengambilan ubatan seperti phenytoin,lithium carbonate dan alkohol boleh mengganggu sintesis ADH.
b/ Nephrogenic Diabetes Insipidus disebabkan:
-kecacatan gen yang diwarisi
-tubul ginjal tidak dapat respon kepada ADH
Simptom-simptom DI
-Polyuria atau pengeluaran air kencing yang banyak iaitu 5-10 liter sehari
-Air kencing cair
-Polidipsia(sentiasa berasa haus)
-Dehidrasi
-Hypovolemic shock
-Coma
Penyelidikan:
a/Water deprivation test
-Pesakit akan diarah untuk tidak minum cecair untuk memekatkan air kencing.Ujian adalah positif untuk Diabetes Insipidus sekiranya air kencing kekal cair.