Pages

Sunday, April 14, 2013

Gelisah.....

  Free Clipart
Aku semakin risau memikirkan masa depanku.Aku sendiri tidak tahu kenapa.Dua minggu yang lalu aku telah mendapat berita bahawa hujung bulan ni kami akan dipanggil untuk bekerja.Bukankah itu satu berita baik dan sentiasa dinanti-nantikan oleh semua orang di atas bumi ini.Satu perkara yang normal bila orang rasa sangat gembira jika dipanggil untuk bekerja.Tetapi bezanya dari aku,aku merasa susah hati dan sedih.Aku tidak tahu kenapa perasaan itu wujud.
 
Aku sebenarnya sedang memikirkan persediaan aku untuk mula bekerja.Aku sentiasa berfikir,apakah yang akan aku hadapi bila melangkah ke alam pekerjaan?Tambahan pula pekerjaanku memerlukan fokus yang sangat tinggi kerana aku sedang berhadapan dengan nyawa pesakit.Silap sedikit boleh membawa maut.Selain itu aku juga memikirkan tentang kewanganku.Aku berhutang dengan orang dalam jumlah yang banyak tanpa pengetahuan kedua ibu bapaku.Biarapun mereka adalah kawan-kawanku,namun aku tetap gelisah bila memikirkan semua itu.Aku juga kekurangan kewangan untuk memulakan alam pekerjaanku.Itu lah yang membuatkan aku berasa susah hati bila mengetahui yang aku akan bekerja tidak lama lagi.Oh Tuhanku,hanya padamulah tempat aku mengadu.Dengarkanlah aku dan bantulah aku.Berikan aku ketenangan dalam menghadapi hidupku...

Tuesday, April 9, 2013

Kesihatan wanita

 
Usia akil baligh atau matang  bagi setiap wanita adalah berbeza antara satu sama lain.Begitulah halnya dengan tanda-tanda akil baligh yang dialami.Dalam melayari usia akil baligh,ada beberapa perkara yang masih menjadi tanda tanya mengenai organ reproduksi khususnya di kalangan gadis-gadis remaja.Berikut adalah fakta dan kepercayaan yang harus diketahui:
 
1.Masalah keputihan menunjukkan kewujudan masalah pada organ reproduktif wanita.
Fakta:Cecair keputihan adalah normal sekiranya tidak berbau dan tidak menimbulkan kegatalan.Keputihan normal juga boleh di lihat sebagai tanda masa subur seseorang wanita itu.Cecair yang tidak normal lazimnya berwarna kekuningan,pekat dan ada masanya  kelihatan bergumpal.Simptom-simptom ini biasanya akan disertai dengan kegatalan dan bau yang kuat.
 
 
2. Memakai pantyliner boleh menyebabkan keputihan.
Fakta: Pemakaian pantyliner dan menggantikannya tiap tiga jam sekali berupaya menjaga kebersihan dan kesegaran organ wanita.Oleh itu,semasa mengalami keputihan,pantyliner berfungsi menyerap cecair keputihan agar tidak mengotorkan seluar dalam.
 
 
3. Menggaru bahagian paha atau punggung semasa haid boleh menimbulkan stretch mark.
Fakta: Stretch mark yang kelihatan  seperti garis putih di permukaan kulit merupakan tanda kulit sudah meregang lebih dari kemampuan semulajadinya.Hal ini tiada kaitan langsung dengan tindakan menggaru kulit.
 
 
4. Nanas dan terung membuatkan vagina lembap.
Fakta: Buah nanas dan terung tidak akan meningkatkan jumlah hormon di dalam tubuh,seterusnya menyebabkan cecair lubrikasi vagina bertambah banyak. 
 
                                                                       Rujukan: Majalah Rapi,01 mac 2010.