Pages

Monday, August 15, 2011

Malaria


Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh parasit plasmodium yang dibawa oleh nyamuk Anopheles betina.
Selalunya berlaku di negara Tropika seperti Malaysia,Thailand dan Indonesia serta di kawasan pedalaman yang terdedah kepada gigitan nyamuk.
Agen penyebab malaria:
-Falsifarum
-Vivax
-Malariae
-Ovale
Cara transmisi malaria:
-Melalui gigitan nyamuk Anopheles/tiruk yang telah dijangkiti
-Melalui transfusi darah
Simptom-simptom
a/Peringkat prodrom
-berasa pening kepala
-letih lesu
-sakit otot dan lenguh-lenguh sendi
-Hilang selera makan
-Kadang-kadang muntah
-Suhu badan meningkat
b/Peringkat rigor
-Suhu badan meningkat dengan cepat
-Rasa sejuk yang teramat
-Seluruh badan menggigil kesejukan
-Pesakit berselimut
-Kulit jadi kebiru-biruan
-Berakhir dalam masa 1-2 jam
c/Peringkat demam panas
-Suhu badan meningkat kepada 40-40.5 darjah celcius.
-Pening kepala
-Sakit otot
-Muntah
-Sakit perut
-Kadar nadi dan pernafasan meningkat
-Pesakit merasa gelisah dan muka merah
-Peringkat ini berakhir dalam masa 3-4 jam.
d/Peringkat berpeluh
-Bila demam panas berakhir,seluruh badan akan berpeluh.
-Suhu badan menurun ke paras normal.
-Biarpun letih tapi pesakit rasa lega dan berakhir dalam masa 2-3 jam.
Selalunya BSMP(Blood Speciment for Malaria Parasite) diambil semasa pesakit mengalami demam tinggi.
Rawatan:
-Chloroquine(1 biji=150mg)
-Primquin(1 biji=7.5 mg)
-Fansidar(1 biji=500mg sulphadoxine & 25mg Pyrimethamine)
Komplikasi malaria
a/Cerebral malaria
-Cerebral tidak berfungsi akibat demam yang teruk.
b/Severe anemia(peringkat teruk)
-Akibat pemecahan sel-sel darah merah yang terlalu banyak.
c/Kegagalan ginjal

No comments: