Pages

Saturday, August 13, 2011

Diabetes Insipidus

Apakah Diabetes Insipidus?
Diabetes Insipidus adalah satu keadaan di mana kurang penghasilan ADH (Antidiuretik Hormon) atau kurang tindak balas ginjal terhadap ADH mengakibatkan pengeluaran urin yang banyak iaitu 5-20 liter sehari.
2 kategori Diabetes Insipidus iaitu:
a/ Central atau neurogenic diabetes insipidus
-keabnormalan di hipotalamus dan kelenjar pituitari samada keturunan atau idiopathic(primary)
-kerosakan akibat tumor di kawasan hipotalamus dan kelenjar pituitary.
-Trauma
-Infeksi
-Kecederaan pada salur darah
-Rebakan tumor dari payudara atau paru-paru(sekunder)
-Pengambilan ubatan seperti phenytoin,lithium carbonate dan alkohol boleh mengganggu sintesis ADH.
b/ Nephrogenic Diabetes Insipidus disebabkan:
-kecacatan gen yang diwarisi
-tubul ginjal tidak dapat respon kepada ADH
Simptom-simptom DI
-Polyuria atau pengeluaran air kencing yang banyak iaitu 5-10 liter sehari
-Air kencing cair
-Polidipsia(sentiasa berasa haus)
-Dehidrasi
-Hypovolemic shock
-Coma
Penyelidikan:
a/Water deprivation test
-Pesakit akan diarah untuk tidak minum cecair untuk memekatkan air kencing.Ujian adalah positif untuk Diabetes Insipidus sekiranya air kencing kekal cair.

No comments: