Pages

Monday, August 15, 2011

AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome)


Virus HIV
Hari ini aku nak kongsikan tentang penyakit yang memang meluas di negara kita iaitu AIDS.Penyakit ini menyerang semua golongan manusia.
AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat.Pada masa itu AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
AIDS atau HIV merupakan satu sindrom kehilangan daya tahan melawan penyakit akibat virus Human Immunodeficiency Virus(HIV).Ia menyebabkan rintangan semulajadi tubuh terhadap penyakit musnah menyebabkan tubuh mudah mendapat jangkitan yang boleh membawa maut dan kanser.
Pembawa HIV jika tiada simptom AIDS dan pesakit AIDS yang menunjukkan simptom AIDS.
Bagaimana AIDS merebak dalam tubuh manusia??
Lazimnya sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi tubuh dari sebarang penyakit.Apabila virus HIV masuk ke dalam badan,ianya mula merosakkan sel pertahanan badan iaitu CD4 Helper Lymphocyte yang bertindak sebagai utusan kepada sel-sel pertahanan tubuh badan yang lain untuk menentang jangkitan.Virus HIV akan menjangkiti sel CD4 dan menjadikan sel CD4 sebagai tempat untuk membiak.
Dalam proses ini,sel CD4 yang telah dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan yang lain dan menyebabkan tubuh mudah mendapat jangkitan.
Apakah punca AIDS?
Kerap berlaku pada individu yang:
-Homoseksual dan biseksual
-Penagih dadah(perkongsian jarum suntikan)
-Jangkitan ibu kepada anak
-Penerima darah seperti individu yang menerima pemindahan darah yang tidak di screening.
-Pemindahan organ atau tisu
-Membuat hubungan seks dengan mereka yang telah dijangkiti
Agen penyebab AIDS adalah virus HIV type 1 dan type 2.
Cara sebaran AIDS:
HIV boleh disebarkan dari mereka yang dijangkiti kepada mereka yang sihat melalui 3 cara:
a/Melalui perhubungan seksual
-Virus HIV boleh disebarkan melalui air mani dan cecair faraj.
b/Melalui darah
-Berkongsi jarum suntikan di kalangan penagih dadah
-Pemindahan darah dan pemindahan organ yang tidak melalui screening terlebih dahulu
c/Melalui ibu kepada anak
-HIV boleh disebarkan dari ibu yang menghidap positif HIV kepada anaknya:
1/semasa mengandung
2/semasa melahirkan anak
3/semasa menyusukan anak
-Ibu ini boleh mengelakkan anaknya dari dijangkiti HIV dengan menjalani rawatan semasa mengandung ,melahirkan anak dengan menjalani Caeserean section dan elak memberikan penyusuan kepada anaknya.
Simptom-simptom:
-Pada mulanya jangkitan HIV tidak menunjukkan sebarang tanda tetapi selepas 2-6 minggu dijangkiti sebilangan pesakit menunjukkan tanda-tanda berikut:
a/Terlalu lemah dan letih-lesu
b/Penurunan berat badan yang mendadak.
c/Demam
d/Berpeluh pada waktu malam
e/Kelnjar limpa membengkak
f/Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa.Comtohnya lapisan mukosa dalam mulut.
g/Cirit-birit yang kronik
h/sakit tekak dan batuk yang kronik
i/Hilang ingatan
j/Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
k/Sakit kepala
Rawatan AIDS
-Masih belum ada ubat untuk merawat HIV/AIDS
-Penggunaan ubat antivirus HIV dapat melambatkan proses penyakit.
-Pemakanan yang berkhasiat membantu pesakit AIDS dalam mengekalkan kesihatan dengan memberikan perlindungan daripada komplikasi jangkitan berkaitan HIV.
Langkah Pencegahan;
-Elakkan seks rambang.
-Sentiasa setia dengan pasangan anda
-Elakkan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi.
-Jauhi dadah.
-Pastikan penggunaan alat-alat steril semasa manindik telinga atau membuat tatu.

No comments: