Pages

Tuesday, November 29, 2011

Minggu Kokurikulum KSKB KK

Free Clipart

Hari ini adalah majlis perasmian minggu kokurikulum KSKB KK yang dirasmikan oleh pengarah kolej KSKB KK.Majlis perasmian kali ini diadakan secara gilang-gemilang oleh pelatih sem 6 dan sem 4 iaitu batch aku juga.Pengarah memuji kami kerana julung-julung kali mengadakan majlis perasmian lain dari yang lain.Aku rasa bangga sangat hehee..

Kali ini kumpulan kami Januari 2010 mengadakan perasmian dengan memakai maskot.Lagak macam sukan besar lah konon.Bukan untuk memuji diri tapi ini adalah untuk menaikkan semangat para peserta.Hari ini kami dapat mengekalkan kejuaraan kami sebagai juara tarik tali.Yeah,yeah sangat genbira bila kumpulan aku juara sekali lagi.Hari ini juga kami berjaya menjalankan tugas yang diberikan kepada kami iaitu menganjurkan Indoor Games.Antara aktivitinya adalah pocket carom,congkak,dart manakala mini funfair pula adalah tarian belon,rubber thrown,lastik botol,mini basketball dan bowling kelapa.Aku sangat gembira kerana permainan kami mendapat sambutan hangat dari para peserta.

Permainan kami tamat pada jam 1.30 petang.Selepas menyusun segala perkakas dan membersihkan kawasan permainan kami beramai-ramai ke dewan makan dan terus balik ke bilik untuk rehat.Jangan lupa untul mengikuti perkembangan pada hari esok lagi ok???

No comments: