Pages

Thursday, December 1, 2011

What a bad human??

Free Clipart

Makin menjadi2 manusia sekarang .Tak berhati perut langsung.Hari ini seorang dari kawan aku di curi laptop dan handphone ketika tidur.Perkara ini bukan kali pertama berlaku tetapi dah banyak kali.Memang tidak dinafikan keselamatan pelajar di kawasan asrama kami tidaklah terjamin kerana berdekatan dengan kawasan kampung yang boleh dikira penduduknya bukan warganegara Malaysia.

Sebahagian daripada blok kami sangat berdekatan dengan kawasan kampung tersebut dan pemisah antara asrama dan kampung tersebut hanyalah pagar yang boleh diceroboh masuk.Perkara yang menggeramkan adalah kawan aku itu diugut supaya tidak menyebarkan tentang kecurian tersebut.Sekiranya berlaku sedemikian mereka akan menyebarkan gambar kawan aku.Memang sangat menggeramkan.Aku simpati dengan apa yang berlaku ke atas beliau.

Laporan polis telah dibuat berkali-kali namun perkara yang sama turut berlaku.Aku sangat berharap perkara ini akan segera diatasi.Ini menyebabkan semua penghuni asrama berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu serta tingkap.Dan aku sangat berharap orang yang melakukan perkara ini akan ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.Very bad person.I hate all of this..

No comments: