Pages

Tuesday, October 11, 2011

Scabies (Kudis Buta)


Kudis buta adalah disebabkan oleh kutu hama yang dinamakan Scarcoptes Scabies yang menyebabkan jangkitan pada kulit.Penyakit ini sering berkembang di tempat di mana penduduk terlalu ramai kerana tempat tinggal yang terlalu sesak dan kebersihan yang tidak memuaskan.
Rebakan boleh berlaku secara langsung iaitu melalui sentuhan dengan kulit yang berjangkit dan secara tidak langsung iaitu melalui pakaian.
Tanda-tanda bagi penyakit ini adalah:
a/Gatal dan ruam di kawasan lipatan kulit seperti jari kaki,tangan,belakang,leher,bawah payudara dan genitalia serta paha bagi lelaki dan punggung bawah bagi wanita.
b/Bintik merah di kawasan ini dan akan menjadi ulser jika digaru.Kadangkala mempunyai infeksi dan anemia.
c/Rasa gatal menjadi lebih teruk pada waktu malam.
Langkah pencegahan
a/Elak berkongsi barang-barang peribadi seperti tuala dan pakaian dalam.
b/Jemur tilam dan bantal di bawah cahaya matahari.
c/Rebus semua pakaian.
d/Pengasingan bagi ahli keluarga yang dijangkiti

No comments: