Pages

Wednesday, October 12, 2011

Khasiat DaunTeh

Secawan teh banyak khasiatnya namun perlu juga di ingatkan bahawa jika diminum secara berlebihan boleh menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia,perasaan cemas dan degupan jantung yang tidak teratur.Walaubagaimanapun,kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah.Apa sahaja yang berlebihan pasti akan memudaratkan.Oleh itu dua hingga tiga cawan sehari sudah mencukupi dan mampu memberi kesan yang baik untuk tubuh kita.

1/Membantu membakar lemak
-Daun teh dapat membantu mempercepatkan metabolisme kerana pengaruh antioksidanya yang membantu hati berfungsi lebih efektif.
2/Mencegah penyakit jantung
-Dipercayai dapat menurunkan kolesterol kerana pengaruh oksida yang mencegah oksida kolesterol LDL dalam arteri.
3/Menurunkantekanan darah
-Penyebab utama hipertnsi adlah sebuah enzim yang dikeluarkan oleh ginjal.Teh adalah ACE inhibitor semulajadi yang berfungsi menurunkan tekanan darah.
4/Antipenuaan
-Oleh kerana kandungan daun teh mempunyai antioksida yang tinggi iaitu poluphenols atau polyphenol maka kegunaannya dapat melambatkan proses penuaan.Sangat sesuai untuk kulit wajah dan juga tubuh.
5/Melindungi daripada Diabetes
-Polyphenol menghalang amylase yang mana dapt menurunkan paras gula dalam darah.
6/Bau nafas segar
-Mengunyah daun teh dapat membunuh bakteria yang hidup dalam mulut.
7/Mencegah keracunan makanan
-Oleh kerana daun teh dikenali sebagai pembunuh bakteria,maka jika berisiko terkena keracunan makanan ,segeralah dapatkan sedikit serbuk teh dan bancuh menjadi air.Lebih berkesan jika diminum pekat dan pahit kerana teh dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti Clostridia E.Coli.
8/Meningkatkan pertahanan badan
-Menurut satu kajian di Jepun,berkumur daun teh dapat meningkatkan pertahanan badan terhindar dari influenza dan selesema.
9/Menguatkan tulang
-Bermanfaat menguatkan tulang kerana kaya dengan flourida.
10/Mengurangkan risiko kanser
-Teh dapat menghalang kerosakan pada sel tubuh yang dipercayai ada kaitan dengan sel kanser.

No comments: