Pages

Tuesday, September 9, 2014

Penyakit kencing manis atau secara medikalnya Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang.Terdapat 3 jenis Diabetes Mellitus iaitu DM type 1,DM type 2 dan gestational DM.Secara normalnya,badan kita akan menguraikan gula dan karbohidrat yang terdapat pada makanan yang di makan kepada sejenis gula khas iaitu glucose.Glucose memberikan tenaga kepada sel-sel badan.Namun demikian,sejenis hormon diperlukan iaitu insulin untuk membolehkan glucose digunakan sebagai tenaga.Apabila insulin tidak dihasilkan,maka kandungan gula dalam darah akan meningkat.Insulin diperlukan untuk megawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan gula berlebihan disimpan untuk tenaga.
 
Diabetes Mellitus type 1 atau pun Independence Diabetes Mellitus(IDDM or Juvenile DM) adalah keadaan di mana pankreas gagal menghasilkan insulin yang secukupnya dalam badan.Onset diabetes kerana sentiasa berlaku sejak kelahiran.Diabetes Mellitus type 1 ini selalunya disebabkan oleh penyakit genetik/keturunan.
 
Diabetes Mellitus type 2 atau pun Non Independence Diabetes Mellitus(NIDDM) adalah satu keadaan di mana sel badan tidak dapat bertindak balas sepenuhnya terhadap penghasilan insulin. 
 
 
 
Gestational Diabetes Mellitus atau pun kencing manis semasa kehamilan adalah kencing manis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan..Semasa kehamilan,badan akan memerlukan lebih insulin untuk memenuhi keperluan janin terutamanya pada pertengahan kehamilan sehingga seterusnya.Sekiranya kurang insulin dihasilkan,kandungan gula dalam darah akan meningkat.
 
Apakah tanda dan simptom Diabetes Mellitus ataupun kencing manis?
Simptom pertama yang akan dialami pesakit adalah kerap rasa dahaga dan panas.Kepekatan gula yang semakin bertambah dalam darah akan menyebabkan tekanan osmosis darah meningkat.Ini mengakibatkan air diserap keluar dari sel badan untuk mencairkan darah.Disebabkan ini,pesakit akan sentiasa merasa dahaga dan panas.
Sentiasa berasa letih dan mengantuk juga adalah salah satu daripada simptom penyakit ini.Disebabkan kepekatan darah yang tinggi,darah akan beredar secara perlahan.Ini menyebabkan bekalan oksigen serta nutrien ke seluruh badan akan terganggu terutamanya bahagian otak.Apabila otak kita tidak menerima oksigen dan nutrien secukupnya,kita akan kerap rasa letih dan mengantuk.
Simptom seterusnya adalah lemah tenaga batin .Pengaliran darah yang perlahan ke sistem pembiakan akan menyebabkan nafsu seks akan terganggu.Ini juga menyebabkan masalah hormon turut terganggu.
Penglihatan juga akan turut terganggu.Ini disebabkan oleh kapilari mata yang sanagat halus.Peredaran darah yang sangat perlahan mengganggu fungsi normal mata.Akibatnya,penghidap akan mengalami penglihatan yang kabur.
Penghidap kencing manis juga akan sentiasa berasa lapar disebabkan oleh tenaga dalam badan yang tidak dapat digunakan sepenuhnya.
 
Oleh yang demikian,pesakit Diabetes Mellitus haruslah ;
1/ mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu kurangkan gula dalam makanan serta minuman
2/mengamalkan gaya hidup sihat iaitu bersenam secara berkala
3/sentiasa memeriksa paras gula dalam darah
4/mengambil ubat dan suntikan yang disarankan oleh doktor.
 
Diabetes Mellitus boleh menimbulkan komplikasi seperti penyakit jantung,stroke,kerosakan ginjal,kerosakan saraf serta buta.
 

Sunday, August 24, 2014

PENYAKIT JANTUNG KORONARI (CORONARY ARTERY DISEASE)
 
Penyakit jantung koronari adalah masalah kesihatan yang serius dan memberi kesan kepada 7 milion rakyat US dan menyebabkan hampir 750 000 kematian di US setiap tahun.Ramai yang mengetahui tentang bahayanya penyakit ini namun masih tidak dititikberatkan kerana penyakit ini tidak menyerang secara terus tetapi secara perlahan-lahan.
 
Mari kita ketahui terlebih dahulu apakah ciri-ciri yang ada pada jantung kita.Jantung kita terletak di antara paru-paru dalam kaviti torasik dan hanya sebesar penumbuk kita.Dinding jantung mempunyai 3 lapisan iaitu epicardium(lapisan luar),myocardium(lapisan tengah)dan endocardium(lapisan dalam).Seperti organ yang lain dalam badan kita,jantung mempunyai salur darah tersendiri yang membekalkan nutrien serta oksigen kepada tisu-tisu jantung.Salur darah ini dinamakan salur darah koronari atau arteri koronari yang berasal daripada cabang aorta menaik.
 
Seterusnya,apakah itu penyakit jantung koronari?Penyakit jantung koronari didefinisikan sebagai pengumpulan plak pada salur darah koronari.Plak ini terdiri daripada kolesterol,bahan lemak,sisa sel badan yang rosak,calcium serta fibrin.Apabila plak ini semakin membesar,ianya boleh menghalang aliran darah pada salur darah koronari.Salur darah yang tersumbat ini akan menyebabkan fungsi normal jantung terganggu.
 
 
 
Apakah tanda dan simptom bagi penyakit jantung koronari ini?Tanda-tanda yang sentiasa dialami oleh pesakit adalah rasa sakit dada dan atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti fizikal.Kadangkala sakit boleh dirasai pada bahagian bahu,lengan,leher,rahang dan belakang badan.Rasa sakit dada ini akan datang secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh,loya,berdebar dan pening.
 
Punca-punca berlakunya penyakit jantung koronari ini adalah seperti merokok,tekanan darah tinggi,paras kolesterol yang tinggi,diabetes,obesiti dan kurang melakukan senaman.Walaubagaimanapun,punca-punca di atas boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.Terdapat juga punca-punca yang tidak boleh diubah seperti genetik/keturunan serta peningkatan umur.Pencegahan dapat dilakukan dengan berhenti merokok,amalkan pemakanan seimbang,kekalkan berat badan unggul serta sentiasa melakukan senaman.Dengan melakukan saranan yang saya nyatakan,kita dapat mengurangkan tahap lemak dan kolesterol dalam badan.
 
Selain saranan yang saya nyatakan di atas,kita juga boleh mengambil supplement yang sesuai.Di Shaklee,saya mempunyai set yang boleh memelihara kesihatan jantung kita iaitu CoQHealth dan Omega Guard.
 
Kebaikan CoQHealth:
1/ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
2/ Melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
3/ Meningkatkan peredaran darah
4/ Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
 
Kebaikan Omega Guard:
1/ Memelihara kesihatan jantung
2/ Menurunkan paras kolesterol
3/ Meningkatkan metabolisma badan untuk pembakaran lemak


 
 Saya pengedar Shaklee yang sah.No ID 1133456.Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh berhubung terus dengan saya 0195325753,email frieselah_lovely@yahoo.com facebook Frieselah Ceela
 
 
 

Saturday, August 23, 2014

TEKANAN DARAH TINGGI DAN BAGAIMANA SUPPLEMENT GARLIC SERTA OMEGA GUARD SHAKLEE MEMBANTU?
 
Tekanan darah tinggi atau hypertension memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini menyerang tidak kira lelaki dan wanita.Penyakit ini dikatakan pembunuh senyap kerana menyerang bahkan ketika kita tidur.Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia Dr Azhari Rosman,30% penduduk Malaysia menghidap tekanan darah tinggi iaitu bersamaan dengan 1:3 rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas.
 
Apa itu tekanan darah tinggi atau hypertension?Pertama sekali mari kita sama-sama mengetahui apa itu tekanan darah.Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan ke atas dinding arteri ataupun salur darah ketika jantung kita mengepam darah ke seluruh badan.Tekanan darah mempunyai dua ukuran iaitu tekanan sistolik dan tekanan diastolik.Secara normalnya bacaan tekanan darah bagi orang dewasa yang sihat adalah 120/80mmHg.Bacaan atas atau tekanan sistolik (120) adalah bacaan ketika jantung sedang mengepam darah manakala bacaan bawah iaitu tekanan diastolik (80) adalah bacaan ketika jantung sedang berehat.Masa yang paling sesuai untuk mengukur tekanan darah tinggi adalah semasa rehat iaitu dalam keadaan duduk atau baring.Walaubagaimanapun,bacaan ini adalah mengikut umur .Terdapat bacaan normal yang ditetapkan bagi bayi,kanak-kanak,remaja,dewasa serta warga tua.Lazimnya,bacaan tekanan darah bagi bayi dan kanak-kanak adalah rendah berbanding dewasa.
 
Seterusnya,apa itu tekanan darah tinggi?Tekanan darah tinggi adalah apabila bacaan tekanan darah meningkat lebih tinggi berbanding bacaan normal iaitu 120/80mmHg bagi orang dewasa.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang tinggi iaitu 140/90mmHg semasa berehat dikatakan mempunyai tekanan darah tinggi.
 
Apakah punca-punca tekanan darah tinggi?Secara amnya,punca tekanan darah tinggi ini adalah disebabkan kurangnya aktiviti fizikal dan juga amalan pemakanan kita.Bagaimana kurangnya aktiviti fizikal menyebabkan tekanan darah tinggi?Apabila seseorang itu kurang melakukan senaman,lemak(plak) yang terenap pada salur darah akan berkumpul dan menyebabkan salur darah atau arteri tersumbat.Ini mengakibatkan jantung bekerja keras untuk memastikan darah sampai ke bahagian tubuh yang lain.Disebabkan aktiviti jantung yang semakin kuat,maka tekanan yang dikenakan ke atas salur darah juga turut meningkat.Punca tekanan darah tinggi yang seterusnya adalah dari pemakanan kita.Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi turut menyumbang kepada tekanan darah tinggi.Lemak akan melekat pada salur darah dan mengganggu aliran darah ke seluruh tubuh.Sama halnya apabila kita kurang melakukan senaman seperti yang saya nyatakan sebelum ini.Manakala makanan yang mengandungi garam berlebihan akan menyebabkan darah kita menjadi terlalu pekat dan menyebabkan jantung terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah.Antara punca lain tekanan darah tinggi adalah merokok dan tabiat minum alkohol.Merokok menyebabkan nikotin akan diserap masuk ke dalam salur darah .Nikotin akan menyebabkan sejenis hormon dirembeskan iaitu hormon adrenaline.Hormon ini akan mengakibatkan denyutan jantung semakin kuat dan meningkat.Sama halnya seperti merokok,tabiat minum alkohol turut menyumbang kepada pelepasan hormon adrenaline.Bagaimana pula obesiti ataupun kegemukan menyebabkan tekanan darah tinggi?Seperti yang kita tahu,obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan.Apabila banyak lemak dalam badan,ini menyebabkan lemak terenap pada salur darah dan menyebabkan salur darah tersumbat dan semakin sempit.Keadaan ini mengakibatkan aktiviti jantung semakin meningkat.Walaubagaimanapun,keadaan di atas boleh diubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.Terdapat juga punca tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah oleh individu seperti umur,genetik/keturunan dan jantina.Individu yang mempunyai keluarga seperti ibu bapa menghidap tekanan darah tinggi dikatakan mempunyai risiko yang sama.Oleh yang demikian,individu tersebut haruslah sentiasa menjaga pemakanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.
 
 
Bagaimana supplement Shaklee dapat membantu anda yang mempunyai tekanan darah tinggi?Supplement Shaklee yang dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi adalah supplement Garlic dan Omega Guard.Kita mulakan dengan Garlic Complex.Kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol apabila diambil sebahagian daripada set harian yang sihat.Kajian makmal menunjukkan yang Allicin iaitu sebatian yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat termasuk dalam memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain dalam:
1) Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol normal.
2) Menggalakkan kesihatan kardiovaskular
Allicin adalah fitokimia yang dijumpai dalam bawang putih,berwarna kuning dan berminyak.Ini menyebabkan bawang putih mempunyai bau yang agak kuat.Jabatan Farmasi Fakulti Perubatan,Universiti Kuala Lumpur melaporkan bahawa sifat antioksidan dari sebatian bawang putih  iaitu allyl cysteine,alliin,allicin dan allyl disulfide menyatakan bahawa Allicin boleh menyekat pembentukan superoksida (SOD) dan radikal bebas serta mengelakkan pengoksidaan pada dinding arteri(pengumpulan plak pada salur darah)
 
 
 
Bagaimana pula dengan Omega Guard Shaklee?
Tekanan darah tinggi turut menyebabkan penyakit jantung iaitu penyakit jantung koronari.Salur darah yang membekalkan nutrien serta oksigen pada otot jantung dipanggil salur darah koronari.Salur darah yang terdapat pada jantung adalah sangat kecil dan halus berbanding salur darah yang terdapat pada bahagian tubuh yang lain.Oleh sebab itulah,tekanan darah tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung.
Omega Guard membekalkan asid lemak omega-3.Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamadmenunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari .Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskulardi samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.Tambahan pula,omega guard-3 dapat memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.EPA dan DHA dipercayai boleh menghalangkan pembentukan thrombosis,tekanan darah tinggi dan kepekatan darah tinggi serta melancarkan peredaran darah.
 
Sebarang tempahan boleh berhubung terus dengan saya 0195325753.Saya pengedar Shaklee yang sah.No ID 1133456
 
 
 
 
 

Monday, April 7, 2014

Hello and good morning world!!!rasanya dah lama tidak meng'update'kan blog aku ni..ya setelah beberapa bulan ni,aku berat tangan nak update blog,banyak cerita yang ingin aku kongsikan..aku dah ada telefon baru,kereta baru,ipad baru dan banyak lagi.
Sebenarnya banyak kisah hidup ku,suka dan duka yang ingin aku coretkan di sini.Terlalu banyak untuk dikongsikan.Lebih baik aku mulakan dengan cerita yang menggembirakan dulu kan??Sekarang ini aku rasa gembira kerana mempunyai kerja yang tetap seperti yang aku ingin kan dulu.Aku boleh beli dan dapat apa yang aku mahu dengan wang yang aku ada sekarang.Tanpa aku sedari,aku telah memiliki sebuah kereta proton SV..Walaupun orang anggap kereta tu tidaklah secanggih kereta yang mahal dan diimport,aku rasa gembira kerana dengan titik peluh sendiri aku mampu memilikinya.Apa yang penting adalah kepuasan hati sendiri.
Tetapi masalahnya aku belum mempunyai lesen memandu.Dah dapat lesen L,cuma aku ni penakut orangnya.Aku takut untuk memandu kereta,apalagi di tengah bandar yang sibuk.Test JPJ pun belum lepas lagi ni...huhuhu
Aku sekarang rasa bahagia kerana sentiasa bersama orang yang aku sayang.Hobinya adalah memancing.Pantang nampak kedai pancing,pasti di lawatinya.Pantang dengar pertandingan memancing,pasti akan disertainya.Tiap hujung minggu,kami akan cari port untuk memancing.Antaranya adalah Kinarut,Papar,Keningau,Likas,Tanjung Lipat dan Jesselton Point.
Oh ya,sebelum terlupa,hujung minggu ni dekat Yayasan Sabah akan diadakan pertandingan memancing.Sesiapa kaki pancing tu,jom lah join.Nanti aku updatekan detail pertandingan tu ya...Ok rasanya ini saja untuk kali ni...Keep in touch