Pages

Tuesday, September 9, 2014

Penyakit kencing manis atau secara medikalnya Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang.Terdapat 3 jenis Diabetes Mellitus iaitu DM type 1,DM type 2 dan gestational DM.Secara normalnya,badan kita akan menguraikan gula dan karbohidrat yang terdapat pada makanan yang di makan kepada sejenis gula khas iaitu glucose.Glucose memberikan tenaga kepada sel-sel badan.Namun demikian,sejenis hormon diperlukan iaitu insulin untuk membolehkan glucose digunakan sebagai tenaga.Apabila insulin tidak dihasilkan,maka kandungan gula dalam darah akan meningkat.Insulin diperlukan untuk megawal jumlah gula dalam darah dan membolehkan gula berlebihan disimpan untuk tenaga.
 
Diabetes Mellitus type 1 atau pun Independence Diabetes Mellitus(IDDM or Juvenile DM) adalah keadaan di mana pankreas gagal menghasilkan insulin yang secukupnya dalam badan.Onset diabetes kerana sentiasa berlaku sejak kelahiran.Diabetes Mellitus type 1 ini selalunya disebabkan oleh penyakit genetik/keturunan.
 
Diabetes Mellitus type 2 atau pun Non Independence Diabetes Mellitus(NIDDM) adalah satu keadaan di mana sel badan tidak dapat bertindak balas sepenuhnya terhadap penghasilan insulin. 
 
 
 
Gestational Diabetes Mellitus atau pun kencing manis semasa kehamilan adalah kencing manis yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan..Semasa kehamilan,badan akan memerlukan lebih insulin untuk memenuhi keperluan janin terutamanya pada pertengahan kehamilan sehingga seterusnya.Sekiranya kurang insulin dihasilkan,kandungan gula dalam darah akan meningkat.
 
Apakah tanda dan simptom Diabetes Mellitus ataupun kencing manis?
Simptom pertama yang akan dialami pesakit adalah kerap rasa dahaga dan panas.Kepekatan gula yang semakin bertambah dalam darah akan menyebabkan tekanan osmosis darah meningkat.Ini mengakibatkan air diserap keluar dari sel badan untuk mencairkan darah.Disebabkan ini,pesakit akan sentiasa merasa dahaga dan panas.
Sentiasa berasa letih dan mengantuk juga adalah salah satu daripada simptom penyakit ini.Disebabkan kepekatan darah yang tinggi,darah akan beredar secara perlahan.Ini menyebabkan bekalan oksigen serta nutrien ke seluruh badan akan terganggu terutamanya bahagian otak.Apabila otak kita tidak menerima oksigen dan nutrien secukupnya,kita akan kerap rasa letih dan mengantuk.
Simptom seterusnya adalah lemah tenaga batin .Pengaliran darah yang perlahan ke sistem pembiakan akan menyebabkan nafsu seks akan terganggu.Ini juga menyebabkan masalah hormon turut terganggu.
Penglihatan juga akan turut terganggu.Ini disebabkan oleh kapilari mata yang sanagat halus.Peredaran darah yang sangat perlahan mengganggu fungsi normal mata.Akibatnya,penghidap akan mengalami penglihatan yang kabur.
Penghidap kencing manis juga akan sentiasa berasa lapar disebabkan oleh tenaga dalam badan yang tidak dapat digunakan sepenuhnya.
 
Oleh yang demikian,pesakit Diabetes Mellitus haruslah ;
1/ mengamalkan pemakanan yang sihat iaitu kurangkan gula dalam makanan serta minuman
2/mengamalkan gaya hidup sihat iaitu bersenam secara berkala
3/sentiasa memeriksa paras gula dalam darah
4/mengambil ubat dan suntikan yang disarankan oleh doktor.
 
Diabetes Mellitus boleh menimbulkan komplikasi seperti penyakit jantung,stroke,kerosakan ginjal,kerosakan saraf serta buta.
 

No comments: