Pages

Sunday, August 24, 2014

PENYAKIT JANTUNG KORONARI (CORONARY ARTERY DISEASE)
 
Penyakit jantung koronari adalah masalah kesihatan yang serius dan memberi kesan kepada 7 milion rakyat US dan menyebabkan hampir 750 000 kematian di US setiap tahun.Ramai yang mengetahui tentang bahayanya penyakit ini namun masih tidak dititikberatkan kerana penyakit ini tidak menyerang secara terus tetapi secara perlahan-lahan.
 
Mari kita ketahui terlebih dahulu apakah ciri-ciri yang ada pada jantung kita.Jantung kita terletak di antara paru-paru dalam kaviti torasik dan hanya sebesar penumbuk kita.Dinding jantung mempunyai 3 lapisan iaitu epicardium(lapisan luar),myocardium(lapisan tengah)dan endocardium(lapisan dalam).Seperti organ yang lain dalam badan kita,jantung mempunyai salur darah tersendiri yang membekalkan nutrien serta oksigen kepada tisu-tisu jantung.Salur darah ini dinamakan salur darah koronari atau arteri koronari yang berasal daripada cabang aorta menaik.
 
Seterusnya,apakah itu penyakit jantung koronari?Penyakit jantung koronari didefinisikan sebagai pengumpulan plak pada salur darah koronari.Plak ini terdiri daripada kolesterol,bahan lemak,sisa sel badan yang rosak,calcium serta fibrin.Apabila plak ini semakin membesar,ianya boleh menghalang aliran darah pada salur darah koronari.Salur darah yang tersumbat ini akan menyebabkan fungsi normal jantung terganggu.
 
 
 
Apakah tanda dan simptom bagi penyakit jantung koronari ini?Tanda-tanda yang sentiasa dialami oleh pesakit adalah rasa sakit dada dan atau sesak nafas semasa senaman atau melakukan aktiviti fizikal.Kadangkala sakit boleh dirasai pada bahagian bahu,lengan,leher,rahang dan belakang badan.Rasa sakit dada ini akan datang secara tiba-tiba dan diiringi dengan berpeluh,loya,berdebar dan pening.
 
Punca-punca berlakunya penyakit jantung koronari ini adalah seperti merokok,tekanan darah tinggi,paras kolesterol yang tinggi,diabetes,obesiti dan kurang melakukan senaman.Walaubagaimanapun,punca-punca di atas boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.Terdapat juga punca-punca yang tidak boleh diubah seperti genetik/keturunan serta peningkatan umur.Pencegahan dapat dilakukan dengan berhenti merokok,amalkan pemakanan seimbang,kekalkan berat badan unggul serta sentiasa melakukan senaman.Dengan melakukan saranan yang saya nyatakan,kita dapat mengurangkan tahap lemak dan kolesterol dalam badan.
 
Selain saranan yang saya nyatakan di atas,kita juga boleh mengambil supplement yang sesuai.Di Shaklee,saya mempunyai set yang boleh memelihara kesihatan jantung kita iaitu CoQHealth dan Omega Guard.
 
Kebaikan CoQHealth:
1/ Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
2/ Melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
3/ Meningkatkan peredaran darah
4/ Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 dalam darah
 
Kebaikan Omega Guard:
1/ Memelihara kesihatan jantung
2/ Menurunkan paras kolesterol
3/ Meningkatkan metabolisma badan untuk pembakaran lemak


 
 Saya pengedar Shaklee yang sah.No ID 1133456.Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh berhubung terus dengan saya 0195325753,email frieselah_lovely@yahoo.com facebook Frieselah Ceela
 
 
 

No comments: