Pages

Monday, April 7, 2014

Hello and good morning world!!!rasanya dah lama tidak meng'update'kan blog aku ni..ya setelah beberapa bulan ni,aku berat tangan nak update blog,banyak cerita yang ingin aku kongsikan..aku dah ada telefon baru,kereta baru,ipad baru dan banyak lagi.
Sebenarnya banyak kisah hidup ku,suka dan duka yang ingin aku coretkan di sini.Terlalu banyak untuk dikongsikan.Lebih baik aku mulakan dengan cerita yang menggembirakan dulu kan??Sekarang ini aku rasa gembira kerana mempunyai kerja yang tetap seperti yang aku ingin kan dulu.Aku boleh beli dan dapat apa yang aku mahu dengan wang yang aku ada sekarang.Tanpa aku sedari,aku telah memiliki sebuah kereta proton SV..Walaupun orang anggap kereta tu tidaklah secanggih kereta yang mahal dan diimport,aku rasa gembira kerana dengan titik peluh sendiri aku mampu memilikinya.Apa yang penting adalah kepuasan hati sendiri.
Tetapi masalahnya aku belum mempunyai lesen memandu.Dah dapat lesen L,cuma aku ni penakut orangnya.Aku takut untuk memandu kereta,apalagi di tengah bandar yang sibuk.Test JPJ pun belum lepas lagi ni...huhuhu
Aku sekarang rasa bahagia kerana sentiasa bersama orang yang aku sayang.Hobinya adalah memancing.Pantang nampak kedai pancing,pasti di lawatinya.Pantang dengar pertandingan memancing,pasti akan disertainya.Tiap hujung minggu,kami akan cari port untuk memancing.Antaranya adalah Kinarut,Papar,Keningau,Likas,Tanjung Lipat dan Jesselton Point.
Oh ya,sebelum terlupa,hujung minggu ni dekat Yayasan Sabah akan diadakan pertandingan memancing.Sesiapa kaki pancing tu,jom lah join.Nanti aku updatekan detail pertandingan tu ya...Ok rasanya ini saja untuk kali ni...Keep in touch