Pages

Thursday, October 13, 2011

Jadual Imunisasi

Apa itu imunisasi?Imunisasi adalah satu cara untuk meningkatkan pertahanan badan untuk mencegah dari mendapat penyakit.Adalah penting untuk membawa bayi di bawah umur 1 tahun untuk mendapatkan imunisai dan untuk menilai tahap perkembangan bayi tersebut.Imunisasi sangat penting untuk bayi kerana sistem pertahanan badan mereka belum cukup matang untuk menentang sebarang penyakit.

Jadual imunisasi yang terbaru dan disyorkan oleh Kementerian Kesihatan adalah seperti yang di atas.Untuk bayi yang baru lahir,suntikan BCG dan Hepatitis B perlu diberikan segera.BCG melindungi bayi daripada penyakit Tuberkulosis(TB) kerana penyakit ini mudah berjangkit.Manakala suntikan Hepatitis B melindungi bayi dari penyakit hepatitis iaitu penyakit hati yang mana mudah berjangkit dari orang yang telah dijangkiti penyakit ini.Hepatitis B didapati daripada cecair tubuh seperti darah dari orang yang dijangkiti.

Untuk bayi berumur 1 bulan Hepatitis B dos kedua diberikan.Bagi berumur 2,3 dan 5 bulan masing-masing diberikan suntikan DTap/IPV,Hib dos pertama,kedua dan ketiga.Suntikan ini dapat melindungi 5 jenis penyakit.DTap melindungi bayi dari penyakit Diphteria atau penyakit kerongkong,Tetanus untuk melindungi bayi dari sawan dan aP atau Pertussis untuk melindungi bayi dari penyakit batuk kokol.Suntikan IPV pula melindungi bayi dari Poliomyelitis yang boleh menyebabkan kecacatan manakala suntikan Hib pula melindungi bayi dari penyakit radang paru-paru dan meningitis.

Pada usia 6 bulan,hanya bayi yang dilahirkan di Sabah sahaja diberikan suntikan Measles atau Campak disebabkan didapati di Sabah terdapat banyak pendatang asing yang mana boleh menyebabkan penyakit ini disebarkan.Usia 1 tahun,bayi akan diberikan suntikan MMR yang mana dapat mencegah penyakit Campak,beguk dan Rubella.Pada usia 18 bulan,kanak-kanak akan diberikan dos tambahan suntikan DTap/IPV,Hib.