Pages

Friday, November 18, 2011

This is my country

Hari ini kami telah dijemput untuk mengikuti ceramah pendek dari andante resources.Boleh dikatakan ceramah yang diberikan mandapat sambutan yang hangat dari pelajar-pelajar di kolej aku.Kami disuruh untuk berkumpul di auditorium pada jam 4 petang tapi malangnya kami terpaksa menunggu sehingga jam 5.30 petang disebabkan penerbangan mereka ditunda sejam dari msa penerbangan yang sebenar.Niat hati mahu pulang pada jam 5 itu tapi tidak dibenarkan.Terpaksalah kami menunggu ketibaan mereka.
Kira-kira pada jam 5.30 petang,pihak andante tiba di kolej kami.Mula-mula rasa sangat membosankan tetapi aktiviti yang mereka anjurkan membuatkan kami semua terbangaun dari tidur dan penat srta lapar.Aktiviti pertama yang mereka lakukan adalah tayangan video tentang apa itu Andante dan apa tujuan mereka ke kolej kami.Pada ketika itulah aku tersedar sedikit dari apa yang aku alpa selama ini.Selama ceramah dan aktiviti yang mereka lakukan itu,antara yang menarik perhatian saya adalah penerangan tentang apa itu Andante dan apakah tujuan organisasi ini ditubuhkan.Anggota-anggota Andante adalah sukarelawan dan tidak berbayar.Mereka melakukan kerja mulia menggunakan pocket money mereka sendiri.Matlamat Andante adalah menyokong kesepaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menyedarkan rakyat Malaysia terutama sekali anak-anak muda yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.Negara tidak akan membangun tanpa peneraju yang memimpin negara menjai sebuah negara yang maju.Untuk menjadikan negara Malaysia negara yang maju,para pemimpin haruslah bekerjasama dan mempunyai toleransi antara satu sama lain.Kita umpamakan sebuah bangunan yang dibina dengan batu bata.Sekiranya satu daripada batu itu dibuang,maka runtuhlah bangunan itu.Begitu juga konsepnya dengan sebuah negara.Rakyat merupakan tunggak berdirinya sebuah negara.Apabila rakyat berpecah-belah dan tiada kesepaduan maka runruhlah sesebuah negara itu.Apa gunanya kita berhasad dengki dan menahan marah serta menyalakan api dalam masyarakat?Lebih baik kita belajar memaafkan dan menerima antara satu sama lain.Jika semua kekuatan rakyat Malaysia digabungkan,maka Malaysia akan menjadi negara yang maju di mata dunia.Kita sama-sama menyokong 1 Malaysia.
Begitulah intipati ceramah yang disampaikan yang dapat aku ingat setakat yang aku mampu.Sedikit sebanyak program ini telah memberikan satu semangat dalam diri aku untuk mengubah cara hidup dan cara aku berfikir.Satu ayat yang masih terngiang di telingaku adalah 'Jangan fikirkan apa yang orang lain boleh lakukan untuk kita tapi fikirkan apa yang kita boleh buat untuk orang lain.Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.Sesuatu itu tidak akan berubah jika kita sendiri tidak mengubahnya'.Antara aktiviti yang diadakan lagi adalah melukis sehelai daun dan dalam lukisan itu kami disuruh untuk menulis ayat ini 'We R Malaysia,many but one'mengikut kreativiti sendiri dan lukisan yang dipilih akan diberi hadiah.Selain itu mereka juga mengadakan kuiz interaktif

No comments: