Pages

Wednesday, August 17, 2011

Buat praktikal

Hari ini aku dan beberapa org kwn2 ku buat praktis tentang prosedur yang akan kami lakukan kat klinik nanti.Antaranya adalh melakukan penilaian perkembangan kanak-kanak dan anthropometry.
Mesti korang tertanya2 apakah benda yang aku sebutkan kat atas 2 kan,kan??Penilaian perkembangan kanak-kanak adalah satu prosedur yang sentiasa dijalankan untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun untuk menilai perkembangan seorg kanak-kanak samada mengikut umur ataupun tidak.Manakala anthropometry adalah ukuran tinggi dan panjang,ukuran berat,ukuran kepala serta dada kanak-kanak.Ini bertujuan untuk menilai pertumbuhan kanak-kanak tersebut.Haa..ni la yang akan kami lakukan di klinik semasa praktikal nanti.Selain memberikan ceramah,kami juga akan menjalankan sesi antenatal,sesi perkembangan kanak-kanak,memberikan pendidikan kesihatan dan membuat lawatan rumah.Rasanya sangat menyeronokkan tapi sangatlah juga mencabar kerana kami akan dinilai.Kami juga akan mula memberikan suntikan kepada bayi dan kanak-kanak.
Belajar tentang kanak-kanak sesuatu yang menyeronokkan sebab aku juga akan bakal menjadi mama huhuu..so sebelum ada anak sendiri adalah baik mengetahui tentang kanak-kanak dahulu.Banyak perkara yang perlu diketahui semasa peringkat umur baru lahir sehingga berumur 6 tahun.

No comments: