Pages

Sunday, September 11, 2011

Japanese Encephalitis (JE)

JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus JE.Virus ini menjangkiti melalui gigitan nyamuk culex.Dalam manusia virus JE berkembang dalam sistem limfatik kemudian menyerang sel-sel sistem saraf pusat melalui darah.Penyakit ini dipanggil JE kerana virus ini pertama kali diasingkan di negara Jepun.
Agen penyebab
-Arboviral encephalitis virus
-Dari gigitsn nyamuk yamg dijangkiti.
Simptom-simptom JE
a/Tanda-tanda awal:
-Demam tiba-tiba
-sakit kepala yang teruk
-Keletihan
-nausea
-muntah
b/Tahap kesedaran menurun
c/Tidak boleh bercakap
Patofisiologi:
-Virus JE membiak dalam tubuh khinzir
-Nyamuk culex betina menghisap darah khinzir dan membawa bersama virus
-Berlaku kepada manusia apabila keadaan ekologi sesuai
-Tidak boleh merebak dari manusia kepada menusia
-Tidak boleh merebak dengan memakan daging khinzir.
Langkah-langkah pencegahan:
a/Elak dari gigitan nyamuk dengan:
- tidur menggunakan kelambu
-pasang jejaring pada tingkap-pakai baju lengan panjang
-Gunakan racun serangga(lingkaran nyamuk,aerosol spray)
b/Hapuskan tempat pembiakan nyamuk Culex dengan:
-pastikan parit tidak menakung air
-timbus lopak-lopak air
-jaga kebersihan sekitar kawasan rumah

No comments: