Pages

Sunday, May 12, 2013

Frust and brokenheart

Kadang-kadang orang yang kita anggap boleh memahami dan percaya kepada kita boleh mengata kita dari belakang.Aku tidak percaya bahawa perkara ini boleh berlaku kepadaku.Sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu.Mungkin aku sedang di uji ketika ini.Aku hanya mampu menangis,memendam perasaanku.Tidakkah kamu tahu bahawa aku bukan orang yang senang dan berada?.Aku perlukan pengertian dari kamu.Hanya itu.
 
Hanya satu jalan yang aku pilih saat ini iaitu berpindah rumah.Aku tidak sanggup tinggal serumah dengan orang-orang yang terlalu berkira.Oh Tuhan berikan aku kekuatan buat menghadapi hidupku.Aku ini manusia biasa,punya kelemahan.Maafkan aku kawan-kawan atas kelemahan aku ini.Aku sedia untuk pergi sekiranya kehadiranku di sini menyusahkan kamu.
 
Aku berdoa agar selepas aku berpindah nanti,tidak ada perkara seperti ini berlaku.Ya Tuhan,lindungi hidupku,jauhkan aku dari segala yang jahat.Berkati usaha dan pekerjaanku.Amen.

No comments: