Pages

Friday, December 2, 2011

Last day at KSKB this 2011

Free Clipart

Hari ini hari perasmian penutupan minggu kokurikulum KSKB KK.Satu perasmian yang gilan-gemilang dan dikendalikan oleh Januari 2010.Aku sangat berbangga kerana kami berjaya mengendalikan minggu kokurikulum ini dengan jayanya.Pada hari ini kami mencipta sejarah dengan menjadi juara keseluruhan minggu kokurikulum pada kali ini.Walaubagaimanapun,memang banyak saingan dari semester lain.Semua berebut untuk menjadi juara.

Perkara yang tidak menggembirakan adalah keputusan peperiksaan kami belum lagi diumumkan.Aku sangat-sangat berharap bahawa aku akan lulus dan seterusnya naik semester.Hati berdebar-debar menunggu keputusan.Keputusan dijangka akan keluar pada minggu hadapan.Hari ini juga adalah hari permulaan kami akan mula bercuti sehingg 1 Januari 2012.Welcome New Year!!!I hope my life will be more lucky next year..

Thursday, December 1, 2011

What a bad human??

Free Clipart

Makin menjadi2 manusia sekarang .Tak berhati perut langsung.Hari ini seorang dari kawan aku di curi laptop dan handphone ketika tidur.Perkara ini bukan kali pertama berlaku tetapi dah banyak kali.Memang tidak dinafikan keselamatan pelajar di kawasan asrama kami tidaklah terjamin kerana berdekatan dengan kawasan kampung yang boleh dikira penduduknya bukan warganegara Malaysia.

Sebahagian daripada blok kami sangat berdekatan dengan kawasan kampung tersebut dan pemisah antara asrama dan kampung tersebut hanyalah pagar yang boleh diceroboh masuk.Perkara yang menggeramkan adalah kawan aku itu diugut supaya tidak menyebarkan tentang kecurian tersebut.Sekiranya berlaku sedemikian mereka akan menyebarkan gambar kawan aku.Memang sangat menggeramkan.Aku simpati dengan apa yang berlaku ke atas beliau.

Laporan polis telah dibuat berkali-kali namun perkara yang sama turut berlaku.Aku sangat berharap perkara ini akan segera diatasi.Ini menyebabkan semua penghuni asrama berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu serta tingkap.Dan aku sangat berharap orang yang melakukan perkara ini akan ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.Very bad person.I hate all of this..

Tuesday, November 29, 2011

Minggu Kokurikulum KSKB KK

Free Clipart

Hari ini adalah majlis perasmian minggu kokurikulum KSKB KK yang dirasmikan oleh pengarah kolej KSKB KK.Majlis perasmian kali ini diadakan secara gilang-gemilang oleh pelatih sem 6 dan sem 4 iaitu batch aku juga.Pengarah memuji kami kerana julung-julung kali mengadakan majlis perasmian lain dari yang lain.Aku rasa bangga sangat hehee..

Kali ini kumpulan kami Januari 2010 mengadakan perasmian dengan memakai maskot.Lagak macam sukan besar lah konon.Bukan untuk memuji diri tapi ini adalah untuk menaikkan semangat para peserta.Hari ini kami dapat mengekalkan kejuaraan kami sebagai juara tarik tali.Yeah,yeah sangat genbira bila kumpulan aku juara sekali lagi.Hari ini juga kami berjaya menjalankan tugas yang diberikan kepada kami iaitu menganjurkan Indoor Games.Antara aktivitinya adalah pocket carom,congkak,dart manakala mini funfair pula adalah tarian belon,rubber thrown,lastik botol,mini basketball dan bowling kelapa.Aku sangat gembira kerana permainan kami mendapat sambutan hangat dari para peserta.

Permainan kami tamat pada jam 1.30 petang.Selepas menyusun segala perkakas dan membersihkan kawasan permainan kami beramai-ramai ke dewan makan dan terus balik ke bilik untuk rehat.Jangan lupa untul mengikuti perkembangan pada hari esok lagi ok???

Tuesday, November 22, 2011

Apa nak jadi dengan facebook sekarang??

Free Clipart

Pagi ini aku buka facebook awal coz aku bangan awal nak pergi keja.Aku sangat terkejut bila nampak kat wall aku ada orang post kan gambar lucah,astaga???Betulkah apa yang aku nampak ni?.Kenapa lah orang 2 berani sangat nak post benda cm begitu.Kalau ya pun nak sangat benda tu,janganlah dipaparkan kat khalayak ramai.Aku pula yang rasa malu coz gambar tu gambar perempuan.

Aku rasa malu,geram dan marah pun ada juga.Ini bukan kali pertama aku nampak post begitu.Ini adalah kali kedua.Semuanya gambar perempuan.Apa yang aku buat lepas tu??Aku buka profile aku,aku p kat friend sana,cari nama orang yang post kan benda tu and then aku unfriend kan dia.Aku malu lah,sangat2 malu.Aku tak salahkan facebook tapi aku salahkan orang yang guna facebook ni.Langsung tak bertanggungjawab.Orang dah bagi kemudahan,disalahgunakan pula.

Aku sokong jika facebook terpaksa ditutup suatu hari nanti.Bukannya apa tapi ini bakal-bakal merosakkan minda generasi muda.Kita semua tahu budak-budak muda seawal 13 tahun sudah pandai menggunakan facebook untuk tujuan berhubung dengan kawan-kawan dan keluarga terutama sekali yang jauh.

Oleh yang demikian kesimpulannya,para pengguna facebook sekalian,elakkan diri anda dari berbuat perkara sedemikian.Buat malu diri sendiri dan membuatkan anda di'unfriend'kan.Sekian...

Monday, November 21, 2011

Malaysia menang!!!

Free Clipart

Good morning everybody??Hari ini rakyat Malaysia bergembira sebab Harimau Malaya menang dan merangkul pingat emas sekaligus menjadi pasukan terbaik di rantau asia tenggara.Syabas kepada Malaysia.We are proud to be Malaysia.Diharapkan semangat juang seperti ini akan terus marak untuk generasi akan datang....

Perlawanan bola sepak:Malaysia vs Indonesia

Free Clipart

Hai kawan-kawan??Malam ni perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia kan??Korang rasa-rasa siapakah yang akan menang??Kalau dilihat prestasi Indonesia dari dulu memang tak berubah kan?Selalunya menang je tapi kali ini Harimau Malaya dah mula menunjukkan taringnya.Malaysia dah mula mengorak langkah untuk memenangi setiap perlawanan.Aku sokong Malaysia malam ini.Go Malaysia,Go Harimau Malaya.Tak sabar nak tahu keputusan perlawanan tu nanti biarpun aku tak dapat tengok secara live...

Praktikal after exam

Free Clipart

Today 1st day at satu hospital yg tak pernah kitorang pergi.Hari ni kitorang office hour dari jam 8 sampai jam 5 petang.Hari pertama dekat hospital kat sini sangatlah membosankan.Bukannya apa,staff nurse incharge kat wad aku ni tegas sangat.Ini tak boleh,itu tak boleh.Ini tak boleh salah,itu tak boleh lupa.Orang yang tahu buat keja 2 pun jadi tak tahu dah coz takut salah buat dan lupa suma prosedur.

Lepas tu,bilik kat sini banyak.dalam satu bilik lebih kurang 5 hingga 10 katil.Bayangkanlah betapa ramainya patient kat sini.Nasib baiklah ada juga bed yang tak ada orang dan nasib baiklah ramai student.Aku bukannya nak merungut ke ape tapi kitorang ni baru belajar so kalau salah jgnlah ditegur dengan cara yang salah.Bukan tambah pandai tapi cepat lupa pula nanti.Aku ni pula jenis orang yang cepat gugup bila ditengking begitu.Apa pun im still happy coz dapat lalui hari ini dengan hati yang sabar..