Pages

Tuesday, January 3, 2012

Sore throat or Tonsilitis??

Free Clipart

Arghhh...tidak!!!Dah seminggu rasanya aku tak mkn nasi.Berat pun dah turun 2kg.Ini suma gara-gara sore throat punya pasal.Tai aku rasa sakit ni bukan sore throat dia inflamed dkt dgn throat aku.Hari tu bernanah.Nasib baik aku ke klinik.Dapatlah antibiotik.Syukur dah nak pulih cuma rasa sakit tu masih ada dan sangat susah untuk menelan biarpun nak telan air.Aku harap sakit ni tidak berlarutan coz aku tak nak berpuasa terus menerus dari tak makan nasi.

Takut punya pasal aku google title ni TONSILITIS.Aku takut sangat-sangat coz simptom seperti sore throat,ear pain dan susah untuk telan tengah aku rasa sekarang ni but banyak juga simptom yang tak ada aku rasa.Lega juga sikit.Aku google juga pic tentang TONSILITIS ni.Benda yg ada dalam mulut aku ni tak lah seteruk dalam gambar-gambar tu.Syukur sekali lagi.Tapi mungkin benda ni akan baik dalam masa 3 minggu.Aku harap sangat2 aku cepat pulih dari penderitaan ini.Seksa sangat2 aku rasakan.

Monday, January 2, 2012

Bangun awal daa..

Free Clipart

Hari ini,pagi ini bermulanya sesi kuliah.Aku bangun dengan perasaan sedih.Teringat waktu dekat kampung,aku bangun ikut suka hati aku je.Bangun jam 8 pagi tapi mulai hari ini aku akan mula bangun seawal jam 5 lebih.

Aku masih belum bersedia untuk berada di kolej.Kenapalah ada perasaan seperti ini??Aku rasa sangat sedih.God help me,please hear my pray.Only You know what I want.Thanks for everything you gie to me.Just please hear my pray Lord.I hope that everyday of my life will go smoothly as I want.

Happy New Year 2012!!!..New year.New life

Free Clipart

Hari ini aku balik kolej setelah sebulan bercuti di kampung.

Wednesday, December 14, 2011

Pulang kampung

Free Clipart

Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba.Aku dah sampai dekat kampung.Cuti 3 minggu je

Tuesday, December 6, 2011

Jalan-jalan


Free Clipart

Wah... hari ini best sangat2.Lepas ja habis keja kitorang jalan kaki p dekat beach tanjung aru.First sekali kitorang jalan-jalan dekat Perdana Park.Kali pertama aku p kat sana.Cantik juga tempat tu.Tapi kitorang kejap je dekat sana coz nak p beach konon-konon nak tengok sunset.Tercapai juga hajat kitorang nak tengok sunset coz hari tu kami p hari nak hujan plak.Matahari tak timbul or terbenam heheee..

Friday, December 2, 2011

Last day at KSKB this 2011

Free Clipart

Hari ini hari perasmian penutupan minggu kokurikulum KSKB KK.Satu perasmian yang gilan-gemilang dan dikendalikan oleh Januari 2010.Aku sangat berbangga kerana kami berjaya mengendalikan minggu kokurikulum ini dengan jayanya.Pada hari ini kami mencipta sejarah dengan menjadi juara keseluruhan minggu kokurikulum pada kali ini.Walaubagaimanapun,memang banyak saingan dari semester lain.Semua berebut untuk menjadi juara.

Perkara yang tidak menggembirakan adalah keputusan peperiksaan kami belum lagi diumumkan.Aku sangat-sangat berharap bahawa aku akan lulus dan seterusnya naik semester.Hati berdebar-debar menunggu keputusan.Keputusan dijangka akan keluar pada minggu hadapan.Hari ini juga adalah hari permulaan kami akan mula bercuti sehingg 1 Januari 2012.Welcome New Year!!!I hope my life will be more lucky next year..

Thursday, December 1, 2011

What a bad human??

Free Clipart

Makin menjadi2 manusia sekarang .Tak berhati perut langsung.Hari ini seorang dari kawan aku di curi laptop dan handphone ketika tidur.Perkara ini bukan kali pertama berlaku tetapi dah banyak kali.Memang tidak dinafikan keselamatan pelajar di kawasan asrama kami tidaklah terjamin kerana berdekatan dengan kawasan kampung yang boleh dikira penduduknya bukan warganegara Malaysia.

Sebahagian daripada blok kami sangat berdekatan dengan kawasan kampung tersebut dan pemisah antara asrama dan kampung tersebut hanyalah pagar yang boleh diceroboh masuk.Perkara yang menggeramkan adalah kawan aku itu diugut supaya tidak menyebarkan tentang kecurian tersebut.Sekiranya berlaku sedemikian mereka akan menyebarkan gambar kawan aku.Memang sangat menggeramkan.Aku simpati dengan apa yang berlaku ke atas beliau.

Laporan polis telah dibuat berkali-kali namun perkara yang sama turut berlaku.Aku sangat berharap perkara ini akan segera diatasi.Ini menyebabkan semua penghuni asrama berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu serta tingkap.Dan aku sangat berharap orang yang melakukan perkara ini akan ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal.Very bad person.I hate all of this..