This is the story of me and my beloved one..
Monday, November 14, 2011
Promosi Cele Beauty
Ni nak kongsi satu ceta hihiii..hari 2 tengah aku ngan kwn2 bz study,tba2 pntu d ketuk.sekali buka ada sales girl pla dpn pntu.terkejut beruk jg dibuatnya sbb sblm ni mmg org luar tak ble jejak kaki kat hostel kmi ni.tertnya-tnya jg aku mam mana lah org ni ble naik smpai kat cni??Mula-mula takut jg nak bka pntu luas2 tp bla dia mula nak promote ttg rwtan penjagaan muka tpksa jg bka.
Lepas 2 kwn aku pelawa lah dia ddk dan mula lah dia mempromosikan apa hendak dipromosikannya..heheee...Tapi tawarannya agak menarik sbb 3 pakej hrganya just rm29.90 only.facial treatment yg harga sebenarnya rm68 ditambah dgn eye collagen n massage yg mungkin ble mencecah harga sehingga rm200 +++ pada hrga promosi just rm29.90 only dgn syarat membayar pada masa itu jg..hahaa..kelakarnya aku tidak punya duit sebanyak itu.kwn aku yg sorng 2 sanggup kuarkan duit dulu.kmi share pas 2 bila dah ada ongkos,bru aku byr dia blik separuh harga.manis gak mulut sales girl smpai kitorang sgt berminat sgt dgn promosinya.
Selain drpada itu,terdapat jg diskaun 50% utk pakej yg lain.Cuma promosi ini sah laku sehingga April tahun depan je.Contohnya kalau korang nak ambil pakej Opulence infusion treatment yg hrganya rm450 n O2 eye tretment yg harganya rm250,korang hnya perlu byr rm450.Mcm buy 1 free 1,g2 lah bunyi nya.Sales girl 2 kata dia dr Cele beauty kat Karamunsing KK.tpt lain aku tak tau la plak.
Sunday, November 13, 2011
Last paper exam..
yeah hri ni last paper community nursing 2..huh..bkin pusing kepala jg soalan td 2.suma nya common sense.tp apa pn aku harap aku lulus n aku yakin yg aku lulus biarpn tak dpt markah yg tinggi.
lepas ni nak tidur puas2 n tgk movie.tidak pn main game huhuuu..paling best bla hbs exam tp resah jg menunggu result kuar.tahn dpn masuk sem 5 tp aku sgt bimbang sbb ada perkara yg buat aku skt kpla.nak byr htng bkn sdkt,beribu nak d byr..oh Tuhan bantulah aku.aku buntu untuk fikirkan jalan penyelesaiannya.da 2 blog yg aku buat langsung tak ada advance,ni lah satu2nya jalan utk selesaikan suma 2.aku hanya berserah pada Tuhan dan berusaha sedaya yg aku mampu untuk selesaikan hutang2 2...plz help me!!!!!
Monday, November 7, 2011
Exam Sumative
Huh..esok da mula paper 1st exam iaitu medical nursing..level stress da bertambah2 ni.At least aku pnya sdkit smngt utk menduduki exam coz result exam 4matif sgt memuaskan hatiku.
So aku harap kali ini result aku akan meletup sm spt result aku bru-bru ni.Terima kasih byk pd kedua org tua ku yg tida pts2 berdoa utk kejayaan ku dan jg kepada Tuhan sbb memberikan aku kebijaksanaan dan ketenangan semasa menduduki exam.Aku sgt berharap kali ini Dia akan terus membantu aku sm spt exam2 yg lepas.Thanx God,my parents,my family n also my beloved one.Love u all!!!
Thursday, October 13, 2011
Jadual Imunisasi
Jadual imunisasi yang terbaru dan disyorkan oleh Kementerian Kesihatan adalah seperti yang di atas.Untuk bayi yang baru lahir,suntikan BCG dan Hepatitis B perlu diberikan segera.BCG melindungi bayi daripada penyakit Tuberkulosis(TB) kerana penyakit ini mudah berjangkit.Manakala suntikan Hepatitis B melindungi bayi dari penyakit hepatitis iaitu penyakit hati yang mana mudah berjangkit dari orang yang telah dijangkiti penyakit ini.Hepatitis B didapati daripada cecair tubuh seperti darah dari orang yang dijangkiti.
Untuk bayi berumur 1 bulan Hepatitis B dos kedua diberikan.Bagi berumur 2,3 dan 5 bulan masing-masing diberikan suntikan DTap/IPV,Hib dos pertama,kedua dan ketiga.Suntikan ini dapat melindungi 5 jenis penyakit.DTap melindungi bayi dari penyakit Diphteria atau penyakit kerongkong,Tetanus untuk melindungi bayi dari sawan dan aP atau Pertussis untuk melindungi bayi dari penyakit batuk kokol.Suntikan IPV pula melindungi bayi dari Poliomyelitis yang boleh menyebabkan kecacatan manakala suntikan Hib pula melindungi bayi dari penyakit radang paru-paru dan meningitis.
Pada usia 6 bulan,hanya bayi yang dilahirkan di Sabah sahaja diberikan suntikan Measles atau Campak disebabkan didapati di Sabah terdapat banyak pendatang asing yang mana boleh menyebabkan penyakit ini disebarkan.Usia 1 tahun,bayi akan diberikan suntikan MMR yang mana dapat mencegah penyakit Campak,beguk dan Rubella.Pada usia 18 bulan,kanak-kanak akan diberikan dos tambahan suntikan DTap/IPV,Hib.
Wednesday, October 12, 2011
Khasiat DaunTeh
Secawan teh banyak khasiatnya namun perlu juga di ingatkan bahawa jika diminum secara berlebihan boleh menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia,perasaan cemas dan degupan jantung yang tidak teratur.Walaubagaimanapun,kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah.Apa sahaja yang berlebihan pasti akan memudaratkan.Oleh itu dua hingga tiga cawan sehari sudah mencukupi dan mampu memberi kesan yang baik untuk tubuh kita.

1/Membantu membakar lemak
-Daun teh dapat membantu mempercepatkan metabolisme kerana pengaruh antioksidanya yang membantu hati berfungsi lebih efektif.
2/Mencegah penyakit jantung
-Dipercayai dapat menurunkan kolesterol kerana pengaruh oksida yang mencegah oksida kolesterol LDL dalam arteri.
3/Menurunkantekanan darah
-Penyebab utama hipertnsi adlah sebuah enzim yang dikeluarkan oleh ginjal.Teh adalah ACE inhibitor semulajadi yang berfungsi menurunkan tekanan darah.
4/Antipenuaan
-Oleh kerana kandungan daun teh mempunyai antioksida yang tinggi iaitu poluphenols atau polyphenol maka kegunaannya dapat melambatkan proses penuaan.Sangat sesuai untuk kulit wajah dan juga tubuh.
5/Melindungi daripada Diabetes
-Polyphenol menghalang amylase yang mana dapt menurunkan paras gula dalam darah.
6/Bau nafas segar
-Mengunyah daun teh dapat membunuh bakteria yang hidup dalam mulut.
7/Mencegah keracunan makanan
-Oleh kerana daun teh dikenali sebagai pembunuh bakteria,maka jika berisiko terkena keracunan makanan ,segeralah dapatkan sedikit serbuk teh dan bancuh menjadi air.Lebih berkesan jika diminum pekat dan pahit kerana teh dapat mencegah tumbuhnya bakteria berbahaya seperti Clostridia E.Coli.
8/Meningkatkan pertahanan badan
-Menurut satu kajian di Jepun,berkumur daun teh dapat meningkatkan pertahanan badan terhindar dari influenza dan selesema.
9/Menguatkan tulang
-Bermanfaat menguatkan tulang kerana kaya dengan flourida.
10/Mengurangkan risiko kanser
-Teh dapat menghalang kerosakan pada sel tubuh yang dipercayai ada kaitan dengan sel kanser.
10 tip penting dalam konsep pemakanan


1/Jangan makan dan minum sambil berdiri,berjalan dan baring.
2/Biasakan rehat makan (Isnin dan Khamis) untuk menyihatkan perut.
3/Jangan makan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas.
4/Kurangkan makanan berminyak,berlemak dan berkolesterol.
5/Kurangkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi.
6/Kurangkan minuman manis,mengandungi kafein dan gas.
7/Elakkan makanan mengandungi bahan perasa,pengawet dan bahan pewarna.
8/Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti betik dan pisang pada awal pagi.
9/Makan nasi sehari sekali sahaja dan pilihlah lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
10/Biasakan makan makanan berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
