Pages

Thursday, January 26, 2012

Fikirkan kejayaan bukan kegagalan

Free Clipart

Berfikir tentang kejayaan yang bakal kita garap bakal mendorong pemikiran kita mengilhamkan pelbagai rancangan dan tindakan yang boleh melahirkan kejayaan.Sebaliknya jika kita asyik mengatakan sesuatu itu sukar untuk dicapai,kejayaan memangg bukan milik kita.Lama kelamaan akan terbentuk dalam minda dan akhirnya sesuatu yang tadinya tidaklah begitu susah akan benar-benar menjadi payah.Fikiran kita akan menjadi buntu serta minat tehadap sesuatu perkara itu akan hilang.Akibatnya gagallah kita sebelum masuk ke gelanggang-satu kegagalan yang cukup memalukan.

Wednesday, January 25, 2012

Kembangkan perilaku positif

Free Clipart

Rutin yang sama,setiap masa,setiap hari,bulan dan tahun akan mempercepatkan proses penuaan minda.Oleh itu,janganlah kita terjebak dalam rutin yang sama ini.Ia bukan sahaja membosankan tetapi juga melemahkan daya fikir.

Keluarlah dari kepompong hidup kita dan libatkanlah diri dengan kehidupan yang diperlukan.Cuba kegiatan pendidikan atau apa sahaja yang memerlukan pemecahan masalah.Elakkan terlalu banyak menonton tv kerana kegiatan ini tidak begitu mengembangkan daya otak.Ia tidak begitu mencabar otak berbanding membaca sebab membaca novel misalnya akan membebaskan otak membuat gambaran mengikut kehendaknya sendiri tentang watak,suasana dan sebagainya.Dengan membaca,karya kreatif kita akan menjadi lebih kreatif berbanding menonton tv

Jika tidak pergilah belajar.Belajarlah tentang apa sahaja yang membolehkan otak kita bekerja.Sekali sekala cubalah bermain computer game.Rangsang otak kita dan berikan hasrat,sasaran,kehendak,azam,target dan cita-cita serta cuba kalahkan komputer itu.

Dengan mempelbagaikan dan memprbanyakkan kegiatan hidup kita,kita akan memberikan harga sebenar diri kita di tengah masyarakat.

Friday, January 20, 2012

Letakkan target dalam hidup kita

Free Clipart

Mungkin sebuah rumah,perabot baru,kereta mewah,pekerjaan baru,jaminan kewangan atau apa sahaja sebagai target hidup kita.Yang penting adalah anda mesti letakkan satu hasrat,sasaran,kehendak,azam,target dan cita-cita.

Untuk mencapai semua ini gariskan apa-apa juga kemungkinan,mungkin kesihatan yang lebih bagus,perhubungan yang lebih bermakna dengan orang-orang sekeliling ,pangkat yang lebih sesuai dengan kelulusan dan pengalaman anda,atau sebagainya lagi.Apa yang sebenarnya yang hendak dikatakan di sini ialah hasrat,kemahuan,target,kehendak atau cita-cita perlu ada kriteria-kriteria tertentu iaitu sesuatu matlamat itu perlulah konkrit dan spesifik,matlamat itu mestilah dalam ukuran dan matlamat itu mestilah dalam tempoh masa.

Thursday, January 19, 2012

Mengenali diri kita

Free Clipart

Jika kita dilahirkan 5 kaki 2 inci,terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi kita.Apapun yang kita lakukan kita akan tetap setinggi itu.Jika kita mengetahui bahawa kita tidak akan menjadi seorang bidadari yang cantik dan tidak menjadi seorang jutawan,akuilah hakikat ini kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mahu itu.

Tidak semua wanita boleh menjadi seorang wanita yang cantik,comel,pintar,mempunyai susuk tubuh yang ideal dan seorang wanita yang berada tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai seperti wanita di atas berdasarkan apa yang telah Tuhan sediakan untuk mereka.

Kita boleh berjaya dalam bidang kita sendiri biarpun kita tidak mempunyai keistimewaan-keistimewaan tersebutAhli-ahli jiwa mengatakan ,salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kurang yakin pada diri sendiri.Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan kita.

Wednesday, January 18, 2012

Gunakan minda untuk menyelesaikan masalah

Free Clipart

Apabila anda tidak dapat membuat keputusan,menyelesaikan masalah atau mencapai satu pendirian dalam satu-satu perkara,apakah yang akan anda lakukan?Sesetengah orang akan berfikir dengan lebih kerap dan mendalam tanpa memberi ruang sekejap pun bagi mind auntuk relaks.

Sesetengah orang melupakannya terus dan menganggap mindanya tidak berupaya berdepan dengan masalah yang dihadapi.Dalam soal ini apa yang perlu difahami dan disedari ialah ruang masa yang mungkin diperlukan oleh otak sebelum keluar sesuatu penyelesaian yang terbaik darinya.

Kita tidak boleh memaksa otak untuk bekerja keras.Relaks dan bertenang sedikit.Jika kita telah memasukkan hal yang patut diketahui oleh minda untuk membantunya membuat keputusan,tunggu sahajalah.Idea tidak boleh dipaksa-paksa keluar.Semakin kita memaksa ,semakin itulah ia gagal untuk keluar.Bawa minda kita 'berjalan-jalan' dan mengingat-ingat hal lain.Biarkan minda kita bekerja dalam keadaan selesa.Kita sendiri pun gemar bekerja dalam keadaan selesa daripada tertekan.Dalam keadaan selesa dan dipercayai kita tentu dapat bekerja dengan lebih cepat dan tepat

Tuesday, January 17, 2012

Mengawal minda untuk berjaya

Free Clipart

Tiada siapa pun boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah.Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya.Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh jadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk bersedih.Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik,diiya-iyakan,dirangsang-rangsang,disungguh-sungguhkan,ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja,lambat-laun ia akan padam sendiri.

KEJAYAAN pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

Sunday, January 8, 2012

Happy birthday to me 25th..

Free Clipart

Today is my special day because it is my birthday.Im old 1 year already.Im 25 years old now.I dont realize it.My wish is i hope all my dream will come true and i also wish that my finance will more advance.

Today i feel so happy because i dont expect that my friend will celebrate my birthday.They give me surprise.Buy me a birthday cake and celebrate it at karaoke box.Hahaaa..nevermind.This is the first time im celebrate my birthday after maybe 24 years.

Thank you very much to them that appreciate me.Although it is a small party but i really really appreciate it.First time in my life my friend celebrate my birthday.Huh..so pity of me.Anyway thank to God to give me alive until now,until i am 25 years old.Dear God please hear me always because I only hope in You.