Pages

Tuesday, January 17, 2012

Mengawal minda untuk berjaya

Free Clipart

Tiada siapa pun boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah.Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya.Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh jadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk bersedih.Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik,diiya-iyakan,dirangsang-rangsang,disungguh-sungguhkan,ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja,lambat-laun ia akan padam sendiri.

KEJAYAAN pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

No comments: