Pages

Monday, January 30, 2012

Berjiwa besar

Free Clipart

Kekayaan kita sebenarnya ditentukan oleh sebesar mana matlamat atau sasaran yang tertanam dalam hati kita.Jika matlamat atau sasaran kita itu besar,maka kekayaan serta kejayaan yang kita dapat juga besar.

Amat jarang sekali orang yang tidak memiliki matlamat yang besar mendapat kejayaan yang besar tanpa disangka-sangka.Namun jika seseorang itu sangat bernasib baik,maka hal itu boleh menjadi benar.Sebab tiada yang mustahil di dunia ini.Namun semua itu perlukan usaha yang berganda.

Maka tanamkan dalam hati dan minda kita bahawa kita inginkan kekayaan dan kejayaan yang besar.Secara sendirinya kita akan berusaha untuk mencapainya.Semua itu bergantung kepada serius atau pun tidak kita dengan matlamat yang kita mahu.Berdoa dan terus berdoa agar sesuatu yang kita inginkan itu akan menjadi satu realiti.

No comments: