Pages

Wednesday, January 25, 2012

Kembangkan perilaku positif

Free Clipart

Rutin yang sama,setiap masa,setiap hari,bulan dan tahun akan mempercepatkan proses penuaan minda.Oleh itu,janganlah kita terjebak dalam rutin yang sama ini.Ia bukan sahaja membosankan tetapi juga melemahkan daya fikir.

Keluarlah dari kepompong hidup kita dan libatkanlah diri dengan kehidupan yang diperlukan.Cuba kegiatan pendidikan atau apa sahaja yang memerlukan pemecahan masalah.Elakkan terlalu banyak menonton tv kerana kegiatan ini tidak begitu mengembangkan daya otak.Ia tidak begitu mencabar otak berbanding membaca sebab membaca novel misalnya akan membebaskan otak membuat gambaran mengikut kehendaknya sendiri tentang watak,suasana dan sebagainya.Dengan membaca,karya kreatif kita akan menjadi lebih kreatif berbanding menonton tv

Jika tidak pergilah belajar.Belajarlah tentang apa sahaja yang membolehkan otak kita bekerja.Sekali sekala cubalah bermain computer game.Rangsang otak kita dan berikan hasrat,sasaran,kehendak,azam,target dan cita-cita serta cuba kalahkan komputer itu.

Dengan mempelbagaikan dan memprbanyakkan kegiatan hidup kita,kita akan memberikan harga sebenar diri kita di tengah masyarakat.

No comments: