Pages

Sunday, January 29, 2012

Selalu katakan kepada diri kita lebih baik daripada yang kita sangkakan

Free Clipart

Orang-orang yang berjaya sebenarnya bukanlah orang yang luar biasa.Mereka sama sahaja dengan kita.Cuma yang membezakan pastinya ialah dari kepercayaan dan keyakinan diri,cara berfikir,prinsip hidup,usaha yang dilakukan,serius atau tidaknya doa yang dipanjatkan dan redha atau tidaknya Tuhan terhadap usaha-usaha mereka itu.Itu sahaja.

Dalam kita mengagumi orang lain terhadap apa-apa yang dicapainya,kenang juga kelebihan yang kita miliki yang tiada pada diri orang lain.Mungkin dia jaguh sukan tetapi kita jaguh dalam penulisan.Kelebihan dia dalam sukan dan kelebihan kita dalam penulisan.Sama-sama ada kelebihan dan kekurangan.

No comments: