Pages

Thursday, January 19, 2012

Mengenali diri kita

Free Clipart

Jika kita dilahirkan 5 kaki 2 inci,terimalah hakikat ini kerana ia kejadian semulajadi kita.Apapun yang kita lakukan kita akan tetap setinggi itu.Jika kita mengetahui bahawa kita tidak akan menjadi seorang bidadari yang cantik dan tidak menjadi seorang jutawan,akuilah hakikat ini kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mahu itu.

Tidak semua wanita boleh menjadi seorang wanita yang cantik,comel,pintar,mempunyai susuk tubuh yang ideal dan seorang wanita yang berada tetapi setiap orang boleh menjadi seseorang yang hampir menyamai seperti wanita di atas berdasarkan apa yang telah Tuhan sediakan untuk mereka.

Kita boleh berjaya dalam bidang kita sendiri biarpun kita tidak mempunyai keistimewaan-keistimewaan tersebutAhli-ahli jiwa mengatakan ,salah satu faktor yang menghalang kejayaan bukan disebabkan kurang pintar tetapi kurang yakin pada diri sendiri.Penyakit ini akan membunuh minat dan menghambat kemajuan kita.

No comments: