Pages

Wednesday, March 14, 2012

Rutin hidup

Free Clipart

Dari hari ke hari rutin hidup dekat kolej ni semakin menyesakkan aku.Kerja pagi,petang p tutorial.Keja petang.pagi p tutorial.Keja malam,pagi or petang p tutorial.Pendek kata langsung tak ada masa nak berehat pun kecuali hari tu adalah hari rehat.

Aku rasakan rutin ni takkan berhenti sehinggalah aku tamat kursus dekat sini.Nasib baiklah tinggal setahun lagi aku dekat sini.Aku harap aku lulus dengan cemerlangnya.Banyak yang aku fikirkan sekarang.Masa depan aku terletak pada usaha yang aku lakukan sekarang.

Baru saja kelmarin berakhirnya peperiksaan OSCE.Biarpun prosedurnya agak senang namun jika kurang praktis memang agak susah untuk melakukannya.Tapi aku bersyukur kerana aku dapat melakukannya dengan baik biarpun aku dapat rasakan aku ada membuat kesilapan

Saturday, March 10, 2012

Back from holiday

Free Clipart

Aku baru balik dari bercuti selama seminggu di kampung.Tak puas rasanya bercuti setakat seminggu.Hati berat sangat nak balik kolej,meneruskan rutin yang membosankan.Aku tahu aku tak seharusnya merungut begini tapi bila difikirkan banyak perkara yang hendak dilakukan,aku jadi malas dan hilang semangat.Esok keja lagi office hour.Sangat memenatkan.Lepas ja dari keja,terus ke tutorial.

Exam pun dah nak dekat tapi aku masih belum bersedia.Seperti biasa aku akan belajar last minute.Dah jadi trend aku.Kalau boleh nak ubah semua tu tapi payah sangat.Aku hanya makan dan tidur.Itu saja yang aku lakukan iap hari.Sangat sukar untuk memaksa diri berubah.

Tuhan Engkau dengarkanlah aku.Dengarlah semua doa-doaku.Hanya padamu aku berharap dan meminta.

Monday, January 30, 2012

Berjiwa besar

Free Clipart

Kekayaan kita sebenarnya ditentukan oleh sebesar mana matlamat atau sasaran yang tertanam dalam hati kita.Jika matlamat atau sasaran kita itu besar,maka kekayaan serta kejayaan yang kita dapat juga besar.

Amat jarang sekali orang yang tidak memiliki matlamat yang besar mendapat kejayaan yang besar tanpa disangka-sangka.Namun jika seseorang itu sangat bernasib baik,maka hal itu boleh menjadi benar.Sebab tiada yang mustahil di dunia ini.Namun semua itu perlukan usaha yang berganda.

Maka tanamkan dalam hati dan minda kita bahawa kita inginkan kekayaan dan kejayaan yang besar.Secara sendirinya kita akan berusaha untuk mencapainya.Semua itu bergantung kepada serius atau pun tidak kita dengan matlamat yang kita mahu.Berdoa dan terus berdoa agar sesuatu yang kita inginkan itu akan menjadi satu realiti.

Bad luck

Free Clipart

When you feel like you are alone,dont worry because God always by your side to be your friend,to hear all your words,to comfort you.I feel like i'm the one who is the most terrible person in the world.I feel like i just have nothing.I feel so sad and depressed.Why must it is like this.Maybe i have do so many wrong things in my life.Yes im sure for that.Thats why im in this situation.

God what should I do to make you hear my pray?Maybe I need to stop all the things that make me like this.I have a boyfriend but he have so many of weakness.I know it but there is nothing I can do because I love him so much.He is jobless but I believe that someday he will change.The truth is until now,he is still jobless.When I see my other friend that already engage or married,their husband has everythings,car and money.I really jealous of it.My heart broken when im thinking of my boyfriend.He has nothing.But maybe there is a good thing behind all of this.Maybe God already planned a good destiny for me.

The other things that im worried about is my debt.I really regret for what I have do before.I only follow my heart or maybe a bad spirit whisper in my ear to do a bad things.I hate all of this.I really really regret of it.God please God.I need your help.Help me God.Help me to settle my debt so that I can live in the peace life....

Sunday, January 29, 2012

Selalu katakan kepada diri kita lebih baik daripada yang kita sangkakan

Free Clipart

Orang-orang yang berjaya sebenarnya bukanlah orang yang luar biasa.Mereka sama sahaja dengan kita.Cuma yang membezakan pastinya ialah dari kepercayaan dan keyakinan diri,cara berfikir,prinsip hidup,usaha yang dilakukan,serius atau tidaknya doa yang dipanjatkan dan redha atau tidaknya Tuhan terhadap usaha-usaha mereka itu.Itu sahaja.

Dalam kita mengagumi orang lain terhadap apa-apa yang dicapainya,kenang juga kelebihan yang kita miliki yang tiada pada diri orang lain.Mungkin dia jaguh sukan tetapi kita jaguh dalam penulisan.Kelebihan dia dalam sukan dan kelebihan kita dalam penulisan.Sama-sama ada kelebihan dan kekurangan.

Friday, January 27, 2012

Lagi-lagi naik...

Free Clipart

huh..yuran makan naik ke??ini satu masalah buat aku.dah la elaun tak naik,yuran makan pla naik.bikin pusing kepala lah.tambah aku jadi stress.My God...

Baru tadi ada perjumpaan tentang menu makanan.Aku haraplah menu tadi tu tak mahal sangat.Aku stress sangat-sangat.Mana aku nak cari duit ni.Tak ada kah yang nak tolong aku?Nak salahkan Dia tapi aku tahu,semua itu salah aku.Apa lagi yang harus aku lakukan??

Beban aku semakin bertambah.Hutang aku belum bayar-bayar lagi.What should i do God?Dalam hati ini hanya Engkau yang tahu betapa aku meraung sekuat hati dan menangis semahu aku sebab semua ini.Aku tahu semuanya salah aku tapi tidak bolehkah sekali ini Engkau membantu aku.Aku akan cuba untuk mengubah cara hidupku.Aku manusia biasa seperti orang lain dan kesilapan itu sentiasa cenderung untuk aku lakukan.Tolonglah aku!!!!

Thursday, January 26, 2012

Fikirkan kejayaan bukan kegagalan

Free Clipart

Berfikir tentang kejayaan yang bakal kita garap bakal mendorong pemikiran kita mengilhamkan pelbagai rancangan dan tindakan yang boleh melahirkan kejayaan.Sebaliknya jika kita asyik mengatakan sesuatu itu sukar untuk dicapai,kejayaan memangg bukan milik kita.Lama kelamaan akan terbentuk dalam minda dan akhirnya sesuatu yang tadinya tidaklah begitu susah akan benar-benar menjadi payah.Fikiran kita akan menjadi buntu serta minat tehadap sesuatu perkara itu akan hilang.Akibatnya gagallah kita sebelum masuk ke gelanggang-satu kegagalan yang cukup memalukan.